Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

KDN Meminta NGO Tidak Terlalu Gairah Dedah Kegiatan Kongsi Gelap

3 ulasan

Ditakuti akan mengancam keselamatan diri, pihak Kementerian Dalam Negeri meminta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk tidak terlalu ghairah mendedahkan kegiatan kongsi gelap secara agresif.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed menasihatkan NGO ini sekiranya mempunyai bukti berkaitan kegiatan itu disalurkan kepada polis atau dirinya untuk tindakan lanjut.

“Perkara ini disiasat dan diambil tindakan oleh pihak berkuasa, jadi NGO-NGO ini jangan terlalu ghairah untuk mendapatkan 'mileage' politik semata-mata dengan membuat apa-apa tuduhan, nanti keselamatan mereka sendiri terancam ini kerana kongsi gelap ini mempunyai jaringan dan pengaruh yang begitu besar dan akan mengancam nyawa dan sebagainya.

“Jadi kita jangan ambil ringan mengenai perkara ini, kalau betul ada bukti laporkan, kerana ini bukan perkara main-main dengan penggunaan media sosial dan internet kegiatan (kongsi gelap) mereka sukar dikesan,” tambahnya.

Sementara itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) diminta mengemukan bukti dakwaan kegiatan perjudian haram dan semua aktiviti tidak bermoral di negara ini didalangi oleh 9 ketua digelar 'dra­gon' selain mengutip hasil RM5 bilion sebulan.

Jelasnya, isu kegiatan kongsi gelap ini telah diambil tindakan oleh polis dan SPRM bagaimanapun mengakui isu tersebut berlaku dimana-mana negara dan ia sukar untuk ditumpaskan sepenuhnya.

“Kalau tuduhan itu sahih sekalipun saya menasihatkan golongan ngo ini berhati-hati kerana keselamatan diri mereka boleh terancam kalau mereka mendedahkan identiti, biar pihak berkuasa dibekalkan dengan maklumat dan tak payah war-warkan secara umum.

“Kita ada buat tangkapan melalui POCA (Akta Pencegahan Jenayah 1959) untuk bantu polis membanteras kumpulan jenayah ini, namun masalahnya apa-apa kegiatan jenayah ini perlu dibawa ke mahkamah. Adakalanya sampai di mahkamah, saksi hilang dan tidak mahu tampil serta bekerjasama, akhirnya kes itu tidak dijatuhi hukuman meskipun ada bukti-bukti yang sah,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan mendedahkan 9 'dra­gon' mem­punyai “kuasa” dalam agensi pe­nguat kuasa di negara ini yang turut mendakwa kegiatan tersebut wujud sejak bertahun lamanya

Sumber -Sinar Harian
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g, aman dan terpecaya :)

    BalasPadam
  2. AJOQQ agen judi poker online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    gampang menangnya dan banyak bonusnya :)
    ayo segera bergabung bersama kami hanya di AJOQQ :)

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli