Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kepten Wanita Pertama Dalam Sejarah 83 Tahun TLDM

4 ulasan

Pada 33 tahun lalu, Kepten Rohana Jupri menyertai Angkatan Tentera Laut Diraja (TLDM), kini beliau menjadi kapten wanita pertama dalam sejarah.

Beliau yang tidak menyangka akan menjadi anggota wanita yang sentiasa mendapat peluang kenaikan pangkat.

Ibu kepada empat anak ini telah menjadi wanita pertama dalam sejarah 83 tahun tentera laut yang dilantik menjadi kapten wanita.

"Ini saat yang paling membanggakan buat saya dan memang ia satu pengiktirafan yang tinggi daripada pihak atasan. Saya sangat bersyukur dengan pengiktirafan ini," katanya selepas majlis Majlis Pemakaian Pangkat di KD Sri Gombak, Khamis.

Kepten Rohana, 54, sebelum ini merupakan pegawai komando wanita pertama di Sepot Bekalan Armada di Lumut, Perak, di mana beliau mengawasi makanan, bahan bakar dan keperluan angkatan laut yang lain.

"Ia satu tugas yang mencabar kerana anda berurusan dengan keperluan manusia dan kapal.

"Sebarang salah perhitungan dalam catuan boleh menjejaskan misi," katanya.


Jelasnya, kemahiran dalam menangani masalah di rumahnya membantunya mengatasi cabaran tersebut.

Beliau menghabiskan masa selama empat jam berulang alik dari tempat tinggalnya di Tanjung Karang ke pangkalan setiap minggu dan meninggalkan suaminya Anuar Yahya, 57, dan anak-anak berusia antara 16 dan 21 di rumah demi menjalankan tugasnya.

"Perjalanan ini agak memenatkan tetapi disebabkan tuntutan kerja saya lakukan juga.

"Saya sentiasa berharap dapat bersama keluarga pada setiap hujung minggu," tambahnya.

Beliau turut menyatakan bahawa kenaikan pangkatnya kerana mendapat sokongan suaminya selain Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin yang mengiktiraf kemahiran dirinya.

"Saya rasa tak kira lelaki dan wanita, mereka boleh mencapai sebarang kejayaan jika kita meletakkan azam dan kesungguhan.


Sumber - mStar
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Mari coba keberuntungannya disini u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g,
    Kontak bbm 7ACD8560 :D

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  3. Agen poker terbesar dan terpercaya ARENADOMINO.
    minimal depo dan wd cuma 20 ribu
    dengan 1 userid sudah bisa bermain 7 games
    pin BB : D_8_E_B_A_A_7_C

    BalasPadam

  4. join yuk guys di areatoto.com
    ada sportbook togel casino sabung ayam
    minimal deposit 20 ribu dan withdraw 50 ribu
    hanya dengan 1userid sudah bisa bermain semua games lo

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli