Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Kad Dah 2 Kali Renew Sampai Dah Nak Expired," Syazwan Zulkifli Kesal Tak Dibantu Selepas 2 Tahun Digam Stesen TV

One Comment

Pelakon, Syazwan Zulkifli yang digam oleh sebuah stesen TV meluahkan rasa kesalnya berhubung fungsi Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) yang dipercayai tidak membantunya bagi menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

Syazwan, 30, yang merupakan pelakon drama Juvana ini juga meluahkan rasa kesalnya mengenai hak dan kebajikannya selepas aktres Tiz Zaqyah melontarkan pandangannya tentang peranan Persatuan Seniman secara terbuka di laman Instagramnya.

Menurut Syazwan, persatuan yang diterajui oleh Zed Zaidi itu sehingga kini tidak membantu menyelesaikan masalahnya yang digam oleh sebuah stesen TV terkemuka sejak dua tahun lalu.

Bagi pelakon drama Juvana ini, Seniman hanya memnadang kes yang jauh lebih popular berbanding isu yang dihadapinya.



"Rasanya masalah saya ini keluar saja di blog dan surat khabar. Banyak sangat kes lain yang lagi penting atau popular kot kat Seniman itu dari kes saya untuk diselesaikan.

"Yelah kes seperti isteri kena baling handphone dengan suami lagi, kes artis saman artis lagi. Banyak, itu belum cerita kebajikan lagi," sindirnya di Instagram.

Syazwan turut memuat naik foto kad keahlian Seniman di laman Instagramnya beserta kapsyen dia perlu memperbaharui  kad tersebut supaya kebajikan dan haknya sebagai pelakon dipandang oleh persatuan itu.

"Nak tamat dah ni. Maksudnya kena renew (memperbaharui) la kan. Kejap lagi tak boleh kerja pula tak renew kad ni.

"Tak renew kang 'kebajikan' dan 'right' saya sebagai pelakon tak ambil tahu pula," tulisnya.


Sementara itu juga, Syazwan meluahkan rasa kesalnya apabila da digam oleh stesen televiyen gara-gara seorang artis luar.

"Bayangkan saya orang Malaysia, digam oleh stesen televisyen dari Malaysia kerana artis Singapura?

Pelakon ini juga berharap selepas dua kali dia memperbaharui kad keahlian tersebut, pihak Seniman akan mengambil berat menegnai masalah yang dihadapinya.

"Dah dua kali saya perbaharui keahlian Seniman saya manalah tahu mereka ambil tahu dan selesaikan," katanya.

Terdahulu Syazwan kesal apabila namanya ditolak daripada terlibat dalam drama terbitan stesen televisyen gara-gara kontroversi bersama bekas kekasih yang juga pengacara Shenty Feliziana.

Sumber- mStar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Ayo daftar dan main disini u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g ( 7acd8560 )
    Jangan ragu menang berapa pun pasti akan di proses :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli