Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jurulatih Pasukan Renang Kebangsaan Ditahan Polis Selepas Dipercayai Rogol Atlet

2 ulasan

Seorang jurulatih pasukan renang kebangsaan berasal dari China ditahan semalam selepas dipercayai terbabit merogol seorang atlet.

Suspek yang berusia 35 tahun yang kini berstatus penduduk tetap (PR) ditahan di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kontinjen Kuala Lumpur jam 12.30 tengah hari selepas mendapat laporan daripada ibu bapa mangsa pada Ahad lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, pihak polis akan mendapatkan kebenaran menahan suspek pada hari ini.

"Setakat ini, siasatan sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak (D11) Polis Kuala Lumpur.

"Berdasarkan siasatan yang dibuat, kejadian rogol berkenaan berlaku sekitar September lalu, namun identiti mangsa tidak akan didedahkan," katanya lagi.

Katanya lagi, pihak polis hanya menerima laporan daripada seorang mangsa. Menurut sumber, suspek sebelum ini pernah terlibat dengan program 'Kita Juara' pada acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) membabitkan acara renang disiplin air.

Manakala mangsa tidak terlibat dalam mana-mana acara pada KL 2017 yang berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos lalu di Malaysia sebagai tuan rumah.

Menurut rekod, suspek sudah berada di Malaysia sejak lima tahun lalu dan merupakan bekas atlet Olimpik.

Sumber : BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. mari segera bergabung bersama kami di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g
    silakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya

    BalasPadam
  2. Freechip setiap hari
    Hello sobat semua ayo kita kunjungin KELINCI99 dengan 3 pasaran TOGEL ( Sydney, Singapure dan Hongkong ) dan juga 11 permainan casino live yang bisa di mainkan dengan hanya 1 Userid saja, silahkan langsung daftarkan diri anda dan nikmati seru nya bermain bersama kami dan menangkan hadiah2 menarik lain nya untuk minimal deposit hanya 20rb dan minimal withdraw 50rb ayo silahkan langsung daftar dan merapat ya temen2 semuanya... pin bb 2B1E7B84

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli