Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Janji Nak Bawa Sampai Turki, Rupanya Agen Bawa Sampai RnR Dengkil Je

2 ulasan

Petaling Jaya: Impian sekumpulan 47 individu untuk menjejakkan kaki ke bumi Turki pada 12 Oktober lalu tidak kesampaian apabila ejen pelancongan yang menguruskan percutian mereka tidak kunjung tiba.

Menurut salah seorang mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Zaridah, dia dan suaminya mengalami kerugian hampir RM10,000 selepas mendakwa terpedaya dengan pakej percutian yang ditawarkan syarikat tersebut yang berpangkalan di Kuala Kangsar, Perak.

"Rombongan ini ada 47 orang, rata-ratanya terdiri daripada pesara kerajaan. Pada awalnya ejen minta bayaran awal sebanyak RM1,000 untuk beli tiket kapal terbang.

"Ejen kata kalau bayar lewat takut harga tiket kapal terbang akan naik. Baki bayaran pula dibayar kepada ejen pada bulan terakhir sebelum nak berlepas ke sana.

"Bayangkan kalau seorang kena bayar RM4,300, kalau dah 47 orang... memang kayalah ejen tu," dakwanya ketika dihubungi mStar Online.

Jelas wanita berusia 60 tahun itu, rombongan tersebut diarahkan oleh ejen untuk berkumpul di Pusat Rehat dan Rawat (RnR) Dengkil pada 12 Oktober lalu,sebelum menaiki bas yang disediakan.

"Kami bertolak dari Ipoh kira-kira pukul 10 pagi menuju ke Dengkil dan sampai di sana pada tengah hari.

"Sebelum itu, ejen beritahu berlaku masalah kelewatan pada penerbangan yang sepatut dinaiki mereka. Tunggu punya tunggu kelibat ejen pun tak nampak," dakwanya.

Zarinah mendakwa rombongan tersebut dijadualkan menaiki pesawat Saudi Airlines kira-kira pukul 7 malam, 12 Oktober lalu.

"Semasa taklimat diberikan mereka kata kami naik penerbangan Qatar Airlines dan akan transit di Doha. Tapi kami dimaklumkan penerbangan tiba-tiba ditukar ke Saudi Airline pada saat akhir.

"Dari situ saya dah rasa tak sedap hati. Kalau berlaku kelewatan penerbangan takkanlah sampai tukar 'flight'," dakwanya.

Akibatnya, Zarinah mendakwa mereka terpaksa berpatah balik ke Ipoh dengan menaiki bas yang sama dalam keadaan hampa.

"Semua pulang semula ke Ipoh dengan kecewa dan duit percutian pun lesap sekali. Kami tiba di Ipoh kira-kira pukul 10 malam," katanya.

Zarinah turut menuntut syarikat tersebut supaya memulangkan semula wang yang telah dibayar.
"Kami hanya mahu wang kami dipulangkan. Kalau tidak, tindakan susulan akan diambil termasuk membuat laporan ke Tuntutan Tribunal Pengguna dan meminta campur tangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)," katanya.

Sementara itu, usaha untuk mendapatkan reaksi balas syarikat tersebut tidak berjaya apabila nombor telefon yang dinyatakan dalam laman Facebook syarikat berkenaan hanya dijawab oleh seorang wanita yang mendakwa dirinya adalah bekas pekerja agensi terbabit.

Wanita yang menjawab panggilan tersebut turut terkejut apabila mendakwa ramai pihak menghubunginya bagi mendapatkan semula wang yang telah dibayar.

"Maaf, saya tiada kena-mengena dengan syarikat tersebut. Saya sudah berhenti sejak Mac lalu dan saya difahamkan syarikat itu sudah tidak lagi beroperasi," dakwanya.

Sumber: mStar
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Ayo daftar dan main disini u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g ( 7acd8560 )
    Jangan ragu menang berapa pun pasti akan di proses :)

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli