Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jangan Bandingkan Anak Kita Dengan Orang, Setiap Kanak-Kanak Berbeza Tahap Perkembangan Pada Umur Tertentu

2 ulasan

Pengalaman menimang cahaya mata memang tak akan dilupakan oleh mana-mana pasangan ibu bapa kan? Keterujaan menyambut cahaya mata malah membuatkan ibu bapa merancang pelbagai perkara untuk tumbesaran anaknya. Kadang-kadang sehingga terlupa untuk memahami proses-proses yang perlu dilalui terlebih dahulu oleh anak-anak tersebut untuk membesar dengan sempurna. Paling menyedihkan, bila ibu bapa mula membandingkan anaknya dengan anak orang lain, tanpa memahami proses tersebut dahulu.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Hazhari Ismail telah berkongsi info yang amat berguna khususnya untuk ibu bapa dalam memahami proses tumbesaran anak-anak. Kami bawakan perkongsiannya untuk anda di bawah.

Memahami Tahap Perkembangan Kanak-kanak (Developmental Milestone)

Dari peringkat sebelum kelahiran sehinggalah dewasa, manusia akan undergo pelbagai perkembangan. Lazimnya, proses perkembangan di peringkat kanak-kanak adalah tempoh yang kritikal kerana tempoh ini perkembangan yang pesat sedang berlaku.

Jadi, apabila bercakap tentang tahap perkembangan kanak-kanak, ia merujuk kepada apakah tahap perkembangan yang boleh dicapai pada peringkat dan umur-umur tertentu. Ia mencakupi semua bidang perkembangan seperti fizikal, sosioemosi dan kognitif.

Jadi, kenapa memahami Developmental Milestone ini penting terutama untuk kanak-kanak?
Contohnya dalam perkembangan fizikal, di antara umur 9 hingga 15 bulan kanak-kanak sudah mampu untuk berdiri, malah boleh berlari. Julat umur ini ditetapkan berdasarkan perkembangan kanak-kanak yang AVERAGE.

Kalau sehingga umur 18 bulan pun kanak-kanak itu tidak bermula belajar untuk berjalan, maka ibu bapa perlu berjumpa dengan doktor dan pakar terapi untuk maklumkan kelewatan tersebut. Jika tidak, ia akan mengganggu perkembangan yang seterusnya yang lain.

Walaubagaimanapun, perkembangan manusia ini adalah UNIK. Perkembangan kanak-kanak itu unik. Semua kanak-kanak tidak akan mencapai tahap perkembangan dalam masa yang sama. Ada yang cepat, ada juga yang sedikit lambat, walaupun umur yang sama. Maka, ia tidak bermaksud kita boleh sewenang-wenangnya untuk menghukum si kecil itu genius dan yang lambat itu 'special'.

Inilah yang dinamakan INDIVIDUAL DIFFERENCES yang wujud dalam proses perkembangan. Yang mana faktornya boleh jadi pelbagai, dari genetik, jantina sampailah perbezaan persekitaran, ia mampu menyumbang ke arah perbezaan individu ini.

Proses perkembangan kanak-kanak bersifat berterusan dan berkait. Contohnya, untuk kanak-kanak itu berjaya berdiri, mereka perlu melalui merangkak dan duduk, kemudian baru berdiri. Mereka perlu melalui semua proses ini. Macam nak naik tangga, kita tak boleh nak skip tangga-tangga tertentu untuk sampai ke atas.

Tahap perkembangan kanak-kanak ini selalunya disandarkan dengan julat umur. Contoh saya bagi tadi umur 9-15 bulan, kanak-kanak dah mula untuk berjalan. Maka, di antara tempoh julat ini, mereka akan mula untuk berjalan, yang mana boleh jadi seawal 9 bulan atau selewat 15 bulan. Ia normal.
Julat umur untuk peringkat bayi, toddlers dan kanak-kanak ini pula beza rangenya.

Untuk peringkat bayi, perkembangan berlaku dengan pantas. Ia boleh dibezakan mengikut bulan. 3 bulan bayi dan 6 bulan bayi banyak bezanya dalam aspek perkembangan. Begitu juga dengan 12 bulan bayi atau 18 bulan.

Tapi, untuk peringkat kanak-kanak, julat umur mereka pula mengikut tahun. 4 tahun berbeza dengan 5 tahun atau 6 tahun. Sebab perkembangan di peringkat ini tidak sepantas perkembangan ketika bayi. Boleh jadi juga, berlaku overlap development seperti julat milestone ditetapkan 3-4 tahun, 4-5 tahun, dan 5-6 tahun. Ia boleh berlaku kerana contohnya bulan kelahiran di awal dan hujung tahun yang memberikan perbezaan yang signifikan kepada tumbesaran mereka.

Ibu bapa akan ada tendecy untuk membanding-bezakan anak yang kedua dan yang sulong. Abang cepat sikit bercakap, si adik lambat sikit bercakap. Si kakak tumbuh gigi awal, si adik lambat tumbuh gigi.

Guru dan pengasuh ada kebarangkalian untuk membanding anak muridnya di dalam kelas. Si A dah berjaya menulis, Si B nak pengang pensel pun masih tidak boleh. Si A dah membaca sampai buku 6, yang mana Si B pula Buku 1 pun masih merangkak.

Akan wujud ibu bapa yang terlalu ambitious untuk memastikan anak-anak mereka terkehadapan. Anak baru umur 3 tahun, sudah mula membelek milestones untuk 6 tahun. Itu kalau ibu bapa yang terlebih advanced in a negative way. Ada ibu bapa yang tidak peduli tentang milestone ini, asalkan mengikut trends.

Maka, dimangsakan anak-anak mereka untuk mencapai kehendak masyarakat. Normal bagi pandangan masyarakat dan jiran tetangga, tidak semestinya normal dari kaca mata proses perkembangan kanak-kanak yang sebenar.

Kanak-kanak bukan robot. Jika ia gagal berfungsi, maka kita kata robot itu rosak. Robot tiada emosi. Tetapi tidak untuk manusia. Kita perlu bertoleransi dengan sifat perkembangan mereka.

Maka, memahami tahap perkembangan ini penting dan boleh dijadikan sebagai garis panduan kepada ibu bapa, guru dan profesional yang terlibat dalam perkembangan kanak-kanak.

Jika ada anak-anak terlalu lambat dari tahap perkembangan, intervensi awal boleh dilakukan supaya masalah-masalah perkembangan yang berpontesi untuk berlaku boleh kita elakkan, dikurangkan, atau dibuang jauh-jauh.

Tapi, dengan ilmu ya. Bukan dengan cakap-cakap orang.

Sumber : Hazhari Ismail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )

  1. Agen poker terbesar dan terpercaya ARENADOMINO.
    minimal depo dan wd cuma 20 ribu
    dengan 1 userid sudah bisa bermain 7 games
    pin BB : D_8_E_B_A_A_7_C

    BalasPadam
  2. AJOQQ agen judi poker online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    gampang menangnya dan banyak bonusnya :)
    ayo segera bergabung bersama kami hanya di AJOQQ :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli