Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jamal Yunos Dan 7 Pengikutnya Ditahan Polis

4 ulasan

Gara-gara melakukan gimik memecahkan botol arak di hadapan pejabat pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam semalam, Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos ditahan bersama tujuh lelaki lain, awal pagi ini, lapor Harian Metro.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata Jamal dan pengikutnya telah ditahan pada 1.45 pagi dan reman akan dipohon pagi ini di mahkamah Shah Alam, hari ini.

Beliau berkata, tangkapan itu dilakukan selepas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menerima laporan pengawal keselamatan SUK, petang semalam.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan (KK) iaitu menyertai perhimpunan haram dan dibaca bersama Seksyen 268 KK kerana menyebabkan kemudaratan awam disebabkan tingkah laku peserta perhimpunan,” katanya.


Jamal dilaporkan telah memecahkan botol minuman-minuman keras itu sebagai bantahan penganjuran ‘The Better Beer Festival 2017’ kira-kira jam 10.15 pagi semalam bersama sekumpulan lelaki membawa 10 kotak berisi botol arak yang mahu diserahkan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai tanda bantahan terhadap pesta berkenaan.

Dia bagaimanapun telah dihalang memasuki presmis berkenaan, ketika mengadakan sidang media Jamal telah bertindak memecahkan botol berkenaan dengan menggunakan tukul di hadapan pintu pagar utama bangunan SUK. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. F*a*n*s*B*E*T*I*N*G, agen game online aman dan terpercaya
    Jangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan :)

    BalasPadam
  2. Agen poker terbesar dan terpercaya ARENADOMINO.
    minimal depo dan wd cuma 20 ribu
    dengan 1 userid sudah bisa bermain 7 games
    pin BB : D_8_E_B_A_A_7_C

    BalasPadam
  3. AJOQQ agen judi poker online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    gampang menangnya dan banyak bonusnya :)
    ayo segera bergabung bersama kami hanya di AJOQQ :)

    BalasPadam
  4. """ION-QQ POKER
    kami dari agen poker terpercaya tahun ini
    Hanya dengan deposit dan withdraw 20.000 anda sudah dapat berrmain .. di sini kami

    menyediakan 4 permainan : bandar poker , play bandarQ , play domino99 dan play

    poker .. tunggu apalagi gan ayo segera daftar kan diri anda dan menangkan ratusan

    juta rupiah | PIN BB : 58ab14f5"""

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli