Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Impian Netizen 90an Bakal Jadi Kenyataan, Kartun Adiwira Keluang Man Akan Di Filemkan?


Selepas beberapa siri kejayaan filem adiwira negara, ramai tertanya-tanya bilakah siri kartun superhero terkenal negara, Keluang man akan difilemkan.

Ternyata impian ramai rakyat Malaysia ini mungkin bakal tercapai selepas desas desus yang menyatakan filem ini akan diterjemahkan ke dalam dunia sebenar dimana ia akan diterbitkan oleh penerbit terkenal, Aziz M.Osman.

Berita ini telah tersebar selepas pengarah Filem Rizal Halim telah memuatnaik sebuah status menunjukkan gambar Aziz M.Osman memakai baju berlogokan Keluang Man di laman Facebooknya.


Status itu berbunyi, "My Producer for Keluang Man Zero Aziz M Osman already had his Keluang Man tshirt on.."

Jelas sekali berdasarkan kepsyen beliau itu seperti mengesahkan pihak Ace Motion Pictures akan menjadi penerbit bagi filem tersebut.





Berdasarkan posting terbaru di laman Facebook Pengarah Rizal Halim juga, dilihat beliau mendedahkan banyak pos-pos mengenai filem itu yang bakal menggunakan tajuk Keluang Man Zero.




Bagaimana pun, menurut pencipta watak Keluang man, Encik Kamn Ismail melalui Facebook rasmi Keluang Man, pihak mereka belum menerima sebarang permohonan atau kebenaran dari mana-mana pihak untuk merialisasikan watak penggunaan watak Keluang Man ini.



Encik Kamn Ismail juga merupakan pengarah kepada siri animasi kanak-kanak terkenal, Usop Sontorian.

Diharapkan pihak terlibat dapat menyelesaikan isu ini sebaik mungkin, minta kebenaran kepada yang empunya, untuk merealisasikan kisah ini ke layar perak kerana ianya pasti ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia.

Sedikit plot mengenai Keluang Man.

Keluang Man merupakan sebuah siri animasi televisyen yang bersiaran melalui saluran TV1 dari tahun 1996 hingga 1998.

Watak Keluang Man diilhamkan oleh Kamn Ismail dengan perbincangan meja bulat bersama pasukan pengasasnya pada Jun 1997 kerana menginginkan kehadiran "Adiwira Kebangsaan" pada ketika itu

Reka bentuk watak tersebut kemudiannya dibangunkan oleh Raja Zaharuddin Shah. Konsep asal animasi ini dicipta oleh Kamn Ismail dan pasukannya.

Keluang Man mempunyai 30 episod yang diterbitkan oleh syarikat UAS Animation Studios (M) Sdn­. Bhd. Pada tahun 2008, cerita ini ditayangkan semula melalui saluran TV9 .

Watak-watak dalam Keluang Man

Keluang Man.


Di sebalik topeng Keluang Man, Borhan adalah seorang pesakit di sebuah hospital sakit jiwa dan menetap di Hospital Bahagia Tampoi. Dia merupakan seorang jaguh silat sebelum dimasukkan ke hospital gila.

Keluang Man adalah berdasarkan watak Batman. Keluang ialah sejenis istilah bagi seekor kelawar besar. Borhan akhirnya menghilang selepas van yang dinaikinya terbabas lalu jatuh ke dalam gaung.


Borhan mempunyai tunang bernama Suri namun telah diculik oleh Samsir yang juga pernah bertindak memukul Borhan di kepala. Akhirnya, Borhan terpaksa dimasukkan ke hospital itu untuk rawatan susulan.

Samad / Tiong Man


Samad, rakan karib Borhan di Hospital Bahagia Tumpoi, menjelma sebagai Tiong Man pada sebelah malam, adalah kawan baik dan pembantu Keluang Man.

Watak Tiong Man adalah berdasarkan watak pembantu Batman, iaitu Robin. Dia mempunyai seorang kekasih bernama Aishah tetapi dia memutuskan hubungan dengan Aishah kerana orang ramai mengatakan bahawa dia sudah gila dan hanya layak menetap di Hospital Bahagia Tampoi.

Sebelum dimasukkan ke hospital itu, Samad merupakan seorang mekanik yang berjaya, namun kejadian letupan yang tidak disengajakan berlaku di bengkelnya, beliau telah hilang ingatan dan perlu mendapatkan rawatan.

Dialog popularnya ialah ; "Abang dah gila, Ecah! Abang dah gila!!" iaitu kata-kata Samad kepada Aishah yang masih lagi mahu berjumpa dengannya di hospital berkenaan. Babak menarik yang lain bagi watak Aishah adalah apabila Samad secara tidak sengaja terlucut sarung tangannya ketika cuba menyelamatkan Aishah.

Kejadian itu telah menampakkan cincin yang pernah dihadiahkannya kepada Samad, dan tanpa pengetahuannya, Aishah sudah mengetahui identitinya. Selepas Borhan menghilang cerita Keluang Man diteruskan dengan cerita Samad tetapi Borhan/Keluang Man sudah tiada dalam episod tersebut.


Samsir Jauhari


Dia merupakan musuh ketat Borhan atau Keluang Man. Dia mengamalkan ilmu hitam untuk membalas dendam terhadap guru silatnya. Dia amat membenci Borhan kerana berjaya mengalahkan silatnya. Samsir akhirnya insaf setelah Keluang Man mematahkan kakinya dan dia ditangkap oleh polis setelah dia mencederakan guru silatnya itu. Dia jugalah yang mengakibatkan Borhan berada di Pusat Mental Tampoi.

Inspektor Sahab


Seorang polis yang sering menghadapi masalah dengan Keluang Man. Apabila tiba di tempat penyiasatan didapati penjenayah telah diikat oleh Keluang Man dan Tiong Man. Suaranya amat lucu. Dia membenci Keluang Man kerana sering meganggu penyiasatannya, sehingga dia mengarahkan supaya Keluang Man ditangkap tetapi tidak berjaya.

Ated


Pekerja Pusat Mental Tampoi yang sering menghadapi masalah dengan Borhan, dia selalu bengang apabila Borhan keluar malam, malah sering mengunci Borhan di dalam bilik gelap namun dia berjaya melepaskan diri. Ated juga adalah pembantu Dr Ramoo.

Jadi, harap kisah Keluang Man ke layar Perak ini menjadi kenyataan, harap pemilihan pelakon bukan watak 'tiga suku' seperti filem adiwira sebelum ini atau pelakon kayu, kalau tak 'spoil' nak pergi tengok. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. """ION-QQ POKER
    kami dari agen poker terpercaya tahun ini
    Hanya dengan deposit dan withdraw 20.000 anda sudah dapat berrmain .. di sini kami

    menyediakan 4 permainan : bandar poker , play bandarQ , play domino99 dan play

    poker .. tunggu apalagi gan ayo segera daftar kan diri anda dan menangkan ratusan

    juta rupiah | PIN BB : 58ab14f5"""

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli