Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sanggup Bergadai Nyawa Berpaut Pada Kereta Dilarikan Penjenayah Demi Anak Dalam Kereta

2 ulasan

Seorang pembantu klinik mendapat cedera ringan selepas terjatuh ketika berpaut pada Perodua Myvi miliknya yang dilarikan oleh penjenayah bersama-sama dua anaknya yang berada dalam kenderaan itu di Taman Pulai Indah, Johor Bahru.

Wanita berusia 32 tahun itu ketika kejadian yang berlaku pada jam 7.45 pagi sedang mengambil payung di dalam bonet sebelum seorang lelaki dilihat masuk ke dalam kenderaan mangsa.

Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri berkata, ketika kejadian berlaku mangsa yang hendak menghantar dua anaknya, seorang lelaki berusia lima tahun dan seorang perempuan berusia tiga tahun baru tiba di rumah bapanya di Taman Pulai Indah.

"Ketika itu hujan dan mangsa keluar mengambil payung di bonet kereta. Dia nampak seorang lelaki bertopi warna biru masuk ke dalam kereta.

"Mangsa cuba membuka pintu kereta kerana kedua-dua anaknya masih berada di dalam, tetapi pintu kereta sudah dikunci," katanya.


Katanya, wanita itu cuba berpaut pada kereta namun terjatuh selepas suspek melarikan kereta itu bersama anaknya.

Ujar Noor Hashim lagi, adik lelaki wanita itu cuba mengejar kereta terbabit sebelum ternampak anak perempuan mangsa ditinggalkan di tepi jalan beberapa lorong dari rumah bapa mangsa.

"Mangsa kemudian ke Balai Polis Kangkar Pulai untuk membuat laporan dan ketika di balai polis, mangsa menerima panggilan daripada adiknya memaklumkan ada orang menjumpai anak lelakinya di laluan masuk Taman Pulai Indah dan menghantarnya semula ke rumah bapa mangsa.

"Turut dilarikan ialah telefon bimbit jenis Samsung Note 2," katanya.

Manakala kereta mangsa yang dibawa lari itu dijumpai terlibat dalam kemalangan di kawasan Ulu Choh pada 8.45 pagi dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah lori.



Suspek bagaimapun berjaya melarikan diri bersama seorang lagi rakannya.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 363 Kanun Keseksaan," katanya.

Sumber : myMetro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. AJOQQ agen judi poker online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    gampang menangnya dan banyak bonusnya :)
    ayo segera bergabung bersama kami hanya di AJOQQ :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli