Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Henti Sebar Video Lama Sekumpulan Tentera Tunggu Giliran Ditendang - Panglima ATM

2 ulasan

Jenaral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang juga Panglima Angkata Tentera Malaysia meminta orang ramai agar berhenti daripada menyebarkan video yang menunjukkan sekumpulan tentera menunggu giliran untuk ditendang di bahagian perut.

Menurutnya, video tersebut adalah video lama yang dimainkan kembali mungkin bagi mengaitkan dengan tragedi dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang meninggal dunia di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, Perak Jumaat lalu.

"Saya kira itu satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan saya minta hentikan perbuatan itu kerana ia adalah dua entiti yang berbeza.

"Video itu tiada kaitan kematian dua anggota tentera laut selepas mengikuti sesi latihan fizikal di Sitiawan, Perak pada Jumaat lepas," katanya semasa majlis pembubaran dan penganugerahan pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB) Pasukan Interim PBB (Malbatt) 850-4.

Beliau juga turut meminta orang awam agar menghormati kaedah latihan sedia ada yang diamalkan dalam tentera yang bertujuan melahirkan anggota tentera dengan ketahanan jasmani dan rohani, namun pada yang sama mengakui ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki.

"Yang ditular itu mungkin ada yang tidak wajar berlaku di situ," katanya.

Video latihan pasukan khas tersebut pernah tular enam tahun lalu namun kembali diperkatakan masyarakat sejak dua tiga hari lepas.

Seramai 850 pegawai dan anggota pasukan Malbatt 850-4 yang diketuai Kolonel Riezal Arif Ismail menerima pingat PNBB.

Mereka diaturgerak ke Lubnan secara berperingkat bermula dari 14 September 2016 dan berkhidmat selama 12 bulan di bawah naungan panji PBB yang turut disertai oleh 3 pegawai dan 24 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei serta seorang pegawai awam Kementerian Pertahanan.

Sumber : BERNAMA
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  2. """ION-QQ POKER
    kami dari agen poker terpercaya tahun ini
    Hanya dengan deposit dan withdraw 20.000 anda sudah dapat berrmain .. di sini kami

    menyediakan 4 permainan : bandar poker , play bandarQ , play domino99 dan play

    poker .. tunggu apalagi gan ayo segera daftar kan diri anda dan menangkan ratusan

    juta rupiah | PIN BB : 58ab14f5"""

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli