Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Hanya Allah Yang Tahu Betapa Saya Malu Menjadi Tontonan Awam

2 ulasan

Beratnya mencecah 286 kilogram menyebabkan dia tidak mampu bergerak dan menjadi tumpuan orang ramai ketika dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, akibat masalah obesiti kritikal.

“Saya sudah tak mampu bergerak dan terima apa saja yang diberikan orang walaupun berasa tidak selesa sekarang,” kata Faisal Md Ali, 29.

Selain mengalami masalah obesiti kritikal, dia juga turut mengalami pelbagai masalah lain termasuk penglihatan, bengkak kaki selain kerap diserang sesak nafas.

“Dengan saiz badan sebesar ini, pergerakan saya sangat terbatas dan kini ditempatkan di wad kelas ketiga. Wad ini bukan menjadi isu kerana ia memang layak untuk saya, tetapi dengan masalah yang dihadapi sekarang saya menjadi tumpuan pelawat lain.

“Hanya Allah saja yang tahu betapa saya malu setiap kali menjadi tontonan awam kerana keadaan fizikal saya,” tambahnya.

Jelasnya, dia dan keluarganya ada membuat permohonan dipindahkan di wad kelas dua seperti sebelum ini, tetapi gagal kerana kurang kelayakan.

“Sebelum ini, HNSZ menempatkan saya di wad kelas dua kerana di situ kurang pelawat di samping jauh daripada pandangan umum. Tetapi, kali ini saya ditempatkan di wad biasa dan hanya menggunakan satu katil yang terhad untuk bergerak,” katanya.

Menurutnya, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana ia polisi HSNZ yang menempatkan pesakit mengikut syarat tertentu.

“Wad kelas dua pula difahamkan mempunyai caj tertentu yang menyebabkan saya dan keluarga tidak mampu membayarnya.

“Ibu juga tidak sihat, sakit lutut dan sebagainya, sebab itu saya tidak dijaga ahli keluarga dan hanya mengharapkan jururawat untuk menguruskan setiap hari,” katanya.

Dia juga turut menyatakan akan menjalani satu pembedahan mengecilkan saluran usus dalam tempoh terdekat.

“Dengan pelbagai masalah yang dihadapi akibat obesiti, saya berasa bersemangat untuk cepat sihat, sekali gus tidak menyusahkan orang sekeliling,” katanya.

Sumber - Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Ayo daftar dan main disini u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g ( 7acd8560 )
    Jangan ragu menang berapa pun pasti akan di proses :)

    BalasPadam

  2. lagi cari bandar togel.. gabung saja di dewalotto.com
    selain ada togel ada games dan casino juga
    depo wd cuma 20 ribu
    Wujudkan impian anda hanya di dewalotto.com

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli