Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Gambar & Video) Bagaikan Padang Jarak, Sekurangnya 31 Maut, 400 Masih Hilang, Ribuan Rumah Musnah

2 ulasan

Anggota bomba dan pihak berkuasa berusaha memadamkan kebakaran hutan di California yang telah meragut sekurang-kurangnya 31 nyawa selain memusnahkan kawasan sehingga menjadi padang jarak padang tekukur.

Kebakaran yang berlaku telah memusnahkan kawasan seluas 170,00 ekar di utara California sekaligus menyebabkan puluhan ribu orang kehilangan tempat tinggal kerana terbakar atau diarah berpindah dan hampir 400 orang masih tidak dijumpai.



Kawasan yang paling teruk terjejas dalam kejadian ini ialah di Daerah Sonoma yang menyebabkan 13 orang maut manakala enam orang maut di Mendocino, dua di Napa dan dua lagi di Yuba.


Kejadian ini dipercayai membabitkan 3,500 rumah dan pemis yang menjadi abu sejak kebakaran bermula empat hari lalu.


Seluruh kawasan Santa Rosa, bandar utama daerah Sonoma berpenduduk 175,000 orang kini menjadi abu. Seramai 25,000 penduduk daerah itu diarah berpindah.

Ketua Jabatan Bomba California, Ken Pimlott, berkata lebih 300 jentera bomba dikerah, termasuk dari Arizona, Nevada, Oregon dan Washington.



Pihaknya menggunakan 73 helikopter, 30 pesawat tangki air dan hampir 8,000 anggota bomba terbabit dalam usaha memadam kebakaran dan dipercayai mengalami sedikit kesukaran kerana cuaca yang kurang baik.

Sumber- CNN, The Washington Post
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g, aman dan terpecaya :)

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli