Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Fasha Dan Jejai Kini Berdamai

2 ulasan

Selepas memuat naik status bergambar, Fasha Sandha dan bekas suami mengambil tindakan untuk berdamai sekaligus menarik semula permohonan injunksi dan komital di Mahkamah Tinggi Syariah, hari ini.

Berdasarkan laporan, di hadapan Hakim Syarie Muhamad Abd Karim Wahab, Nur Fasha Sandha Hassan, 33, menarik semula perintah injuksi yang difailkan pada Mac terhadap Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram Ramli, 41, kerana didakwa masih mengganggunya.

Sementara itu, di hadapan Hakim Syarie Nasir Abdul Aziz, Jejai menarik semula kes komital berhubung hak lawatan anak dan beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas isterinya kepada umum berkaitan hal keluarganya.

Kedua-dua prosiding itu berlangsung dalam kamar hakim yang turut dihadiri peguam Zulkifli Che Yong mewakili Fasha manakala Ahmad Badri Idris bertindak sebagai peguam Jejai.

Mereka juga bersetuju untuk mematuhi semua perintah asal mahkamah dan semua perintah itu direkod mahkamah.

Sebelum itu, Fasha Sandha dan Jejai memuat naik satu status bergambar di laman Instagram masing-masing bagi mengulas perkara itu dan menjelaskan bahawa penyelesaian secara baik itu dibuat demi masa depan dua anak mereka.


"Alhamdulillah, Tuhan telah berikan petunjuk dan hidayahNya, jalan-jalan kebaikan di antara kami, supaya dapat mencapai penyelesaian demi untuk masa depan anak-anak. Kami amat bersyukur dengan anugerah ini,"

Ketika ditemui, Fasha Sandha dan Jejai enggan mengulas lanjut berhubung sama ada perkembangan terbaharu itu membawa maksud mereka akan kembali sebagai suami-isteri.

Mereka hadir ke mahkamah bersama-sama kelihatan ceria malah dilihat meninggalkan perkarangan mahkamah dengan kenderaan sama.

Mereka berkahwin pada 27 April 2012 dikurniakan dua anak Putra Rayfal, 3 dan Putri Raysha Jemyma, 2 tahun. Pasangan ini bercerai pada 20 Januari 2016 lalu.


Sumber - Berita Harian
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam

  2. Agen poker terbesar dan terpercaya ARENADOMINO.
    minimal depo dan wd cuma 20 ribu
    dengan 1 userid sudah bisa bermain 7 games
    pin BB : D_8_E_B_A_A_7_C

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli