Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dulu Wanita Ini Seorang Eksekutif Perbankan, Kini Beliau Seorang Pejuang Muay Thai, Kisah Yang Perlu Anda Baca Sebagai Motivasi

2 ulasan

Ada sesetengah daripada kita sudah tahu apa yang mereka inginkan dalam hidup sejak dari kecil lagi. Contohnya, mereka bercita-cita mahu menjadi doktor apabila mereka besar nanti dan seperti yang dijangka, mereka cemerlang dalam bidang sains di peringkat sekolah, melanjutkan pelajaran ke universiti dan seterusnya menjadi doktor.

Namun, ada juga sesetengah daripada kita yang berjaya, tidak melalui laluan hidup yang lurus seperti yang diinginkan. Keinginan yang berbeza membuatkan sesetengah daripada kita mencuba sesuatu yang berbeza dan ada daripada kita terpaksa melalui perubahan karier.



Seperti contoh, Germaine Yeap yang dahulunya seorang eksekutif bank, kini mengubah kariernya menjadi seorang pejuang Muay Thai. 

Beliau juga datang dari latar belakang keluarga banking. Ayah, datuk dan moyang beliau kesemuanya pernah berkecimpung dalam industri perbankan. Malah moyang Germaine memiliki bank miliknya sendiri. Jadi tidak hairanlah beliau melibatkan diri dalam industri banking untuk merialisasikan impian keluarganya. 

Walaupun begitu, Germaine akhirnya mempunyai pandangan jelas terhadap hidupnya. Setelah 5 tahun berkecimpung dalam industri perbankan, beliau menyedari bahawa beliau  tidak selesa dengan hidup yang dimilikinya. Akhirnya Germaine mengambil keputusan untuk mengikut gerak hati dan minatnya terhadap martial arts. 



Pada mulanya, beliau menghadapi pelbagai rintangan dalam meyakinkan keluarga beliau sendiri. Malah, ibunya tidak menganggap Muay Thai adalah satu karier yang terbaik untuk Germaine. Namun begitu, beliau tetap dengan pendiriannya untuk menukar karier.

Padanya, adalah lebih baik untuk membuat sesuatu yang beliau minati berbanding membuat sesuatu hanya sekadar untuk memenuhi kehendak orang di sekeliling. “#NeverSettle, jangan menyerah!menjadi kata motivasinya. Perubahan karier dilihat seperti satu pertaruhan, namun beliau percaya pada diri dan kebolehan yang ada di dalam dirinya.



Membuktikan sesuatu untuk diri dan juga keluarga adalah sesuatu yang amat sukar baginya. Tetapi beliau tetap bertekad dengan berlatih bersungguh-sungguh sehinggalah beliau berjaya memenangi perlawanan tinju. Malah keluarganya yang sebelum ini berat hati dengan pilihan kariernya telah merestui pilihan Germaine untuk meneruskan kerjaya sebagai pejuang martial arts dan pada masa yang sama merasa gembira untuknya.

Sepanjang perubahan kariernya, Germaine terus membuktikan yang beliau tidak akan menyerah kepada pandangan kabur tentang matlamat hidupnya. Dalam pada itu, beliau juga tidak ambil mudah dengan pandangan yang kabur ketika berada dalam gelanggang.


Penggunaan kanta sentuh bulanan daripada Alcon, AIR OPTIX plus HydraGlyde, yang dihasilkan dengan teknologi SmartShield dan HydraGlyde Moisture Matrix, membolehkan Germaine melihat dengan jelas dan selesa sepanjang bulan, supaya beliau boleh memberikan fokus sepenuhnya ketika berlawan.

Teknologi SmartShield berfungsi selama 30 hari, membentukkan lapisan pelindung ultra-nipis di permukaan kanta sentuh untuk melindunginya daripada deposit yang boleh menjadikan kanta kering dan kabur. Manakala teknologi HydraGlyde Moisture Matrix mengekalkan kelembapan kanta sentuh dan memberikan penghidratan yang lebih lama untuk keselesaan pengguna.

Lihat bagaimana AIR OPTIX plus HydraGlyde membantu Germaine Yeap dalam hidup beliau.



Kisah mengenai Germaine Yeap mengekalkan visi yang jelas dalam setiap aspek hidupnya, dari segi penglihatan mahupun kerjaya, adalah motivasi supaya orang ramai tidak mudah menyerah kalah, kerana kita layak untuk mendapatkan yang terbaik dalam hidup.

Dapatkan nasihat lanjut daripada pakar penjagaan mata mengenai kanta sentuh bulanan AIR OPTIX plus HydraGlyde ataupun layari laman web Alcon Malaysia.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli