Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dulu Sini Sungai, Memang Betul Ada Kapal Dagang Tertanam Dalam Kebun Getah Ini - Penduduk

One Comment

Penduduk Kampung Asam Jawa, Baling mendakwa terdapat sebuah kapal dagang zaman lampau dipercayai tertanam di sebuah kebun getah.

Seorang penduduk, Abdul Ghani Yaacob, 76, berkata, kawasan itu satu masa dahulu adalah antara laluan Sungai Pegang  sebelum tertimbus kerana aktiviti pembalakan.

"Ikut cerita orang -orang lama, kapal tu karam kerana terlanggar sebuah batu. Kali terakhir orang kampung nampak batu dalam tahun 60an, sekarang dah jadi kebun getah.

"Hanya kawasan itu jadi kebun getah. Laluan lain masih lagi sungai sampai hari ni, tapi dah semakin kecil dan cetek.

"Sekitar tahun 70an Sungai Pegang masih dalam dan luas," katanya.

Lokasi kapal itu dikenali sebagai Lahar Jong dalam kalangan penduduk terdahulu, tambahnya lagi.

Jelasnya, jarak kawasan berkenaan dengan jalan utama Asam Jawa-Baling, hampir satu kilometer.

"Nama Lahar Jong ada kaitan dengan kapal itu tapi tak tahu juga kenapa dipanggil Jong.

"Nama kampung ini pun sebenarnya bukan Asam Jawa tapi Kampung Pegang. Nama Asam Jawa diletak pada tahun 60an," katanya.

Abdul Ghani berkata kawasan tersebut kini sudah dibangunkan penduduk menjadi dusun buah-buahan.

Menurutnya lagi, kisah kapal itu disampaikan secara turun temurun daripada generasi awal kampungnya.

"Ini bukan kisah dongeng, tapi ia adalah sejarah yang pernah berlaku. Sebelum 1930an dah ada cerita ni.

"Saya alu-alukan mana-mana pihak buat kajian. Cukup sayang jika sejarah-sejarah lama dibiarkan macam tu saja," katanya.

Manakala itu, Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) Datuk Dr Wan Shamsuddin Mohd Yusuf berkata  aktiviti perdagangan di Baling wujud pada zaman Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah yang memerintah pada 1854 hingga 22 Jun 1879.

"Pada zaman baginda laluan sungai di daerah Baling dijadikan laluan perdagangan.

"Ketika itu seorang usahawan Cina bernama Chiong Kian diberi kebenaran memungut hasil-hasil yang datang dari Pattani melalui Baling.

"Antara hasil-hasil yang dibawa masuk ialah biji timah," katanya.

Jelasnya, beliau tidak menolak kemungkinan laluan sungai di Baling dijadikan kawasan perdagangan lebih awal dari zaman Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah.

Menurutnya, pada zaman Kapten Francis Light, pelabuhan mula dibina di Pulau Pinang dan berkemungkinan ada kayu balak dari Baling dibawa ke sana.

"Sebelum ini kita ada menemui sebuah perahu besar di Sungai Kuala Ketil pada awal tahun 2000.

"PSMCK bersedia melakukan kajian terhadap kawasan yang dikatakan mempunyai kapal berkenaan," katanya.


Sumber - Sinar Harian
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Hallo kami bandar online TOGEL dan Games Online dengan freechips setiap hari, dan Togel dengan 3 pasaran resmi ( Sydney, Singapure dan Hongkong ) dan juga menyediakan 11 games casino online dengan permainan menarik dari kami di Kelinci99 dengan minimal deposit hanya 20rb saja dan minimal withdraw 50rb dengan pelayanan cs kami 24 jam melayanin anda semua dengan proses tercepat dari kami proses tidak sampai 2 menit silahkan bergabung ya pin bb 2B1E7B84

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli