Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dua Anggota Trafik Maut Dirempuh Lori


KEMAMAN: Dua anggota polis trafik maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan KM139 Jalan Kuala Terengganu - Kuantan kira-kira jam 3.05 petang tadi.

Dua anggota berkenaan dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Dungun itu dikatakan dalam perjalanan dari Mersing ke Kuala Terengganu setelah mengikuti program konvoi motosikal yang dianjurkan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPK Terengganu.

Menurut sumber, ketika konvoi melalui jalan berhampiran bangunan Kowaja Teluk Kalong, Kemaman itu, tiba-tiba sebuah lori pick-up jenis KIA berwarna putih dikatakan telah memasuki laluan konvoi dan merempuh kedua-dua mangsa.

Mangsa dikenali sebagai SM Abdul Hakim Bin Samingan, 54, dan KPL Sureh A/L Itchang, 36, mengalami kecederaan parah dan meninggal di tempat kejadian.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat. - Siakapkeli.my




Sumber Gambar Mangsa: Berita TV3
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. AJOQQ agen judi poker online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    gampang menangnya dan banyak bonusnya :)
    ayo segera bergabung bersama kami hanya di AJOQQ :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli