Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dr Zamihan Dakwa 3 Buah Media Sengaja Besarkan Cerita Keruhkan Hubungan Agamawan Dengan Istana


Berikutan kontroversi ceramah mengenai isu dobi mesra Muslim dalam ceramahnya baru-baru ini, Dr. Zamihan Mat Zin telah menyatakan media sebagai punca utamanya kes yang kecil menjadi besar.

Beliau menyebut tiga nama media berkenaan termasuk Free Malaysia Today (FMT) dan juga bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim yang menjadikan seolah-olah tegurannya itu menjadi satu kritikan kepada Sultan Johor.

Menurut beliau, laporan yang diterbitkan FMT itu adalah berniat jahat dan berunsur fitnah selain cuba mengeruhkan hubungan antara agamawan dan istana dengan meletakkan tajuk 'Pegawai Jakim Selar Sultan Johor, Bidas Cina Tak Bersih'.

“Bahkan FMT juga dilihat mempunyai agenda tersembunyi untuk merosakkan hubungan antara kaum dengan mencetuskan kemarahan bukan Islam terhadap umat Islam di negara ini,” dakwanya lagi.

Zamihan yang merupakan Presiden Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja) mendakwa portal berkenaan cuba membunuh karektornya, dan ia bukan kali pertama dilakukan. FMT dalam laporannya memetik Zamihan sebagai berkata :

“Ada sultan kata ‘dobi mesra Muslim tak patut diadakan di negeri beta’, dan ‘ini bukan negeri Taliban…’? Tak patut Tuanku Sultan cakap macam itu."

Beliau berkata demikian mengulas tentang kes yang berlaku pada 27 September berkaitan kontroversi dobi mesra Muslim yang mengundang rasa tidak puas hati segelintir netizen bukan Islam.

Kes berkenaan menjadi bualan hangat sehingga mendapat perhatian Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di mana baginda telah mengarahkan pemilik kedai dobi memohon maaf atau berdepan risiko ditutup.

Baginda dalam titahnya berkata bahawa Negeri Johor adalah milik semua kaum dan agama dan bukan negeri Taliban sambil menyifatkan dasar tersebut sebagai karut.

Zamihan turut mempertikaikan laporan Malay Mail Online (MMO), yang menggunakan gambar yang didakwanya menunjukkan beliau ''seolah-olah dalam keadaan menjelir lidah'' sewaktu berceramah.

“Saya percaya naratif itu sengaja ditimbulkan bagi mencetuskan kebencian sesetengah pihak terhadap saya kerana saya seringkali menegur sesetengah pihak dengan tegas dalam isu-isu agama,” katanya.

Ujarnya lagi, tindakan mengaitkannya dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai tidak tepat kerana sudah 13 tahun tidak berkhidmat dengan jabatan itu.

Katanya, dia berkhidmat untuk JAKIM sehingga Julai 2006 sebelum bertugas di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) sehingga 2012. Kemudian dipindahkan ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) sehingga 2016.

“Di mana saya (kerja) sekarang rahsia,” katanya.

Berikutan itu, Zamihan memberikan tempoh 7 hari untuk FMT, MMO, NSTP dan Zaid menarik balik 'tuduhan liar' selain mengemukakan permohonan maaf kepadanya secara terbuka.

“Jika gagal berbuat demikian saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang memfitnah saya tanpa prejudis,” katanya.

Zamihan bagaimanapun enggan mengulas mengenai laporan NSTP dalam kenyataannya itu.

“Saya juga menggesa pihak berkuasa agar menyiasat artikel yang disiarkan FMT, MMO dan NSTP yang jelas berbaur hasutan dan cuba menimbulkan kebencian antara agama serta mencetuskan permusuhan rakyat berbilang kaum di negara ini,” katanya.

Memetik tulisan Malaysiakini, mereka telah menghubungi pihak FMT di mana ketua pengarang mereka, Abdar Rahman Koya berkata mereka tidak akan menarik balik laporan itu ataupun membuat permohonan maaf kepada Zamihan.

"Kami mempertahankan laporan kami, dan tidak merancang untuk memohon maaf jika menerima surat tuntutan dari peguam (Zamihan) nanti," kata

Sementara itu, Zaid mahukan penjelasan lanjut berkaitan kenyataannya yang dipertikaikan Zamihan.

“Dr Zamihan buat kenyataan nak saman saya kalau saya tak tarik balik kenyataan saya.

"Kenyataan mana ?Saya buat 100 kenyataan setiap hari,” tulisnya melalui satu kemaskini tweet.
Zamihan ketika mengulas lanjut mengenai video yang dirujuk FMT berkata, beliau sama sekali tidak menyebut nama Tuanku Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, selain tidak menggunakan perkataan kasar, kesat atau sebarang elemen yang bersifat hasutan dalam ceramahnya itu.

“Saya sedia untuk disiasat atas falsafah berani kerana benar dan takut kerana Allah.

“Namun demikian, amat wajar juga disiasat gerakan 'agenda republik' untuk menghapuskan sistem kesultanan oleh segelintir pendakwah liberal Muslim di negara ini,” katanya.




Dalam kenyataanya di Facebook, Zamihan manyatakan beliau amat menghormati dan menyanjung tinggi raja-raja Melayu, terutamanya Tunku Sultan Johor yang menurutnya seorang yang berjiwa rakyat dan berpegang teguh dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Adalah mustahil untuk saya sama sekali menuturkan kata-kata yang bersifat untuk memperlekeh atau jauh sekali untuk menghina DYMM Tuanku Sultan.

“Bagaimanapun saya merafak sembah memohon kemaafan seandainya DYMM Tuanku Sultan Johor terasa hati dengan salah faham yang timbul, Ampun Tuanku.

“Saya juga bersedia mengadap Tuanku Sultan bila-bila masa saja dari sekarang jika diperkenankan DYMM Tuanku untuk memperjelaskan perkara sebenar dan memohon maaf secara berdepan dari hati ke hati,” katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. AJOQQ agen judi poker online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    gampang menangnya dan banyak bonusnya :)
    ayo segera bergabung bersama kami hanya di AJOQQ :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli