Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Doktor Berlakon Itu Adalah Doktor Sebenar,'' Faezah Elai Jawab Kritikan Peminat Kononnya Tak Buat Kajian Terma Perubatan


Drama berjudul Titian Cinta yang sedang hangat sekarang ini mendapat kritikan oleh netizen hanya kerana dialog seorang doktor berkata, “Kami terpaksa buang rahim kiri isteri encik.”

Menurut pelakon Faezah Elai, drama arahan suaminya iaitu Heykal Hanafiah terdapat kesilapan teknikal apabila pihaknya terlepas pandang dengan mengambil dialog yang tidak sepatutnya menyebabkan netizen mula menghentam kononnya mereka tidak membuat kajian mengenai terma perubatan yang harus dituturkan.


Jelasnya, mereka menggunakan khidmat doktor bertauliah bagi memastikan dialog yang betul namun pegawai perubatan itu menghadapi masalah untuk berlakon disebabkan tiada pengalaman sehingga pengarah terpaksa melakukan beberapa kali rakaman semula.

"Selalunya saya tidak pernah ambil peduli netizen hentam orang, nama pun netizen. Di sini saya siarkan (video sebenar) babak sepatutnya keluar. Disebabkan kesilapan suntingan, babak yang silap pula diambil.

"Babak ini banyak kali take (diulang buat) sebab yang perempuan bertudung itu adalah doktor sebenar bukan pelakon extra (tambahan) ia disebabkan pengarah mahu mendapatkan fakta yang betul. Saya tidak salahkan dia (doktor) sebab mestilah gagap tiba-tiba kena berlakon dengan Zul Ariffin," ujarnya menerusi laman sosial Facebook.

Babak itu adalah perbualan watak utama, Haris iaitu Zul Ariffin yang sedang menerima maklumat daripada doktor berkaitan keadaan kesihatan isterinya.




Dialog dan istilah perubatan yang menjadi kritikan adalah: “Kami terpaksa buang rahim kiri isteri encik” sedangkan rahim wanita hanyalah satu tiada kiri atau kanan.

Tambah Faezah, kenyataan yang diberikannya bukan untuk menegakkan benang yang basah, sebaliknya menerangkan situasi sebenar, apa yang berlaku.

"Janganlah cakap drama ini tidak buat kajian macam drama Korea atau Hong Kong, cerita ini bukan tentang perubatan. Apa yang cuba disampaikan ialah perempuan itu tidak boleh mengandung.

"Kalau Hollywood bagi cerita tidak masuk akal, kena tembak di dada tapi boleh jalan lima kilometer tiada pula mana-mana doktor hentam," katanya.

Menurutnya lagi, dia tidak terlibat dalam drama berkenaan, namun pengarah drama yang menjadi viral itu merupakan suaminya.

Drama Titian Cinta dibarisi pelakon seperti Zul Ariffin, Farah Nabilah dan Daler Yusof yang bersiaran di slot Akasia pada pukul 7 malam di TV3.

Sumber - Mstar
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 6 ulasan )
  1. Janganlah cakap drama ini tidak buat kajian macam drama Korea atau Hong Kong, cerita ini bukan tentang perubatan. Apa yang cuba disampaikan ialah perempuan itu tidak boleh mengandung

    What do u mean by this?hav u even saw korean drama?they hav real doctor on site to explain medical term..example d recent drama..doctor ship n live up to ur name..pls get ur fact right..

    BalasPadam
  2. F*a*n*s*B*E*T*I*N*G, agen game online aman dan terpercaya
    Jangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan :)

    BalasPadam
  3. proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  4. Agen poker terbesar dan terpercaya ARENADOMINO.
    minimal depo dan wd cuma 20 ribu
    dengan 1 userid sudah bisa bermain 7 games
    pin BB : D_8_E_B_A_A_7_C

    BalasPadam
  5. AJOQQ agen judi poker online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    gampang menangnya dan banyak bonusnya :)
    ayo segera bergabung bersama kami hanya di AJOQQ :)

    BalasPadam
  6. Hallooo sobat Togelers yang hobi tebak angka atau nomor TOGEL atau permainan SBOBET yuk merapat bersama dengan kami bermain di AREATOTO selain togel kami menyediakan games sbobet, ibcbet dan sabung ayam juga lohh.. dengan proses mudah dan nyaman banget bermain bersama kami karna kepuasan member adalah prioritas utama kami. Dengan pelayanan 24jam dari kami dan proses cepat tidak sampai 1 menit kami sungguhkan untuk melayanin anda semua silahkan ya daftar dan bermain pin bb D61F44C2 silahkan..

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli