Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Danial Raja Lawak Dedah Ibunya Pernah Jadi Mangsa Penipuan Salah Seorang Suspek Rumah Murah

One Comment

Bekas juara program Lawak Solo, Danial, mengakui ibunya pernah menjadi mangsa penipuan yang dibuat oleh salah seorang suspek yang ditahan reman berhubung skim penipuan pembinaan rumah.

Menurut Danial, kejadian yang berlaku sekitar 2014 itu telah memperdaya orang ramai dimana suspek menggunakan modus operandi yang berbeza dengan mendakwa dia menjalankan syarikat pelaburan forex yang mampu mengaut keuntungan  dalam masa yang singkat.


Ibu kepada Danial telah ditipu sebanyak RM34,500 akibat terpedaya dengan kata-kata suspek yang akhirnya menghilangkan diri.

"Apabila mendapat tahu dia ditahan reman kerana penipuan rumah kos rendah saya terkejut dia adalah orang sama menipu ibu saya dahulu.

"Rupa-rupanya dia masih tidak berubah dan ini adalah balasan dia dapat atas perbuatannya!

"Saya harap dia dikenakan tindakan sewajarnya dan dia insaf kerana sudah terlalu banyak dia menipu orang," katanya.


Menjelaskan kejadian itu, Danial berkata ibunya bersetuju membuat pelaburan itu juga kerana percaya dengan rakan baiknya yang menjadi orang tengah ketika itu.

Jelasnya, rakannya memberi jaminan pelaburan yang disertai mereka itu selamat tanpa menyedari bahawa dia juga menjadi mangsa penipuan suspek.

"Bukan ibu saya sahaja mangsa tetapi ada lebih 20 orang dengan nilai kerugian jutaan ringgit kesemuanya!

"Ketika itu kami tidak buat laporan polis kerana masih ingin memberinya peluang membayar kembali tetapi selepas empat tahun satu sen pun tidak dibayar," ujarnya.

Menurut Danial, dia pernah memohon kepada suspek untuk memulangkan kembali wang ibunya namun usahanya tidak membuahkan hasil apabila suspek bijak mencipta alasan dan janji kosong sehinggalah dia menghilangkan diri sebelum namanya kembali naik kerana kes penipuan penjualan rumah baru-baru ini.


"Rupa-rupanya dia pun ditipu oleh suspek dan sejak itu saya sudah cuba pelbagai usaha untuk dapatkan kembali wang berkenaan namun gagal sampai ibu saya sakit.

"Lama saya tengok dia hilangkan diri sebelum tiba-tiba buka syarikat baru dan menipu pula orang lain menggunakan modus operandi lain," katanya.

Sementara itu, jelas Danial, dia mendedahkan perkara itu kerana tidak mahu melihat lebih banyak mangsa terperdaya dengan apa juga skim seperti pelaburan atau pun perumahan mampu milik.

"Saya dedahkan perkara ini bukan untuk keruhkan keadaan tetapi berharap ia jadi pengajaran agar orang diluar sana tidak tertipu dengan skim mengarut ini.

"Sudah banyak yang terkena terutamanya orang Melayu kita dan masih banyak syarikat-syarikat yang membuat penipuan seperti ini dan mereka sangat licik.

"Diharap pengangkapan suspek-suspek itu membuka mata kita semua agar lebih berhati-hati," akhirnya.

Sumber- mStar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli