Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Detik Menyayat Hati Kehidupan 'Banduan Akhir' Di Penjara Pudu, Kisah Manusia Yang Tahu Bila Mereka Akan Mati

One Comment

Tiap-tiap yang bernyawa pasti merasai mati. Tapi tak semua daripada kita bersedia untuk mati. Mati itu rahsia Allah yang tiada seorang manusia pun tahu. Namun lain kisahnya dengan banduan yang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Mereka mengatahui dengan tepat tarikh bila nyawa mereka bakal dicabut.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Jazwan Kahar berkongsi pengalamannya yang pernah bertugas sebagai warden penjara, yang mana perlu berhadapan dengan banduan-banduan dan diantaranya bakal menjalani hukuman gantung sampai mati. Jom kita ikuti perkongsiannya di bawah.

Bismillahirrahmanirrahim


Saya ingin kongsi sahaja cerita di hari minggu ni. Teringat zaman muda dulu pernah berkerja di Penjara Pudu kalau tak silap saya tahun 98 kot. Tak sure. Semasa itu penjara Pudu diambil alih oleh syarikat swasta untuk kendalikan Penjara Pudu untuk jadikan pameran untuk orang ramai. Tapi yang diseliakan tetap dari warga Jabatan Penjara Malaysia. Time tu Boss besar kami Tuan Aris dia dulu junior Atuk saya. Sebab dulu Atuk saya bekas warden di Penjara Pudu.

Pendek kan cerita saya bersama sahabat baik saya jaga bilik akhir, ( bilik hukuman gantung ) seronok betul time tu. Time muda-muda suka betul part-part tempat macam tu .

Satu kawasan Penjara Pudu memang tapau habis la, cerok mana semua dah pergi dan lepak. Kawasan yang tak boleh masuk pun kami masuk juga.

Banyak kisah yang pelik-pelik, tapi tak apa la saya simpan lepak-lepak boleh la cerita. Banyak perkara yang saya belajar dan kesedaran semasa kerja di situ. Lagi seronok ex-warden pula kenalan Atuk saya lagi banyak cerita saya dapat dan rasai.

Ini pula cerita dari ustaz, nak cerita pasal bilik akhir sebenarnya.

"Jangan dihina pelaku maksiat kerana ada jalan taubat buat mereka di akhir hayatnya, bagaimana pula dengan kita, apakah nanti ada ruang untuk bertaubat?" 

Ikuti kisah menyayat hati ini. Antara manusia yang tahu bila dia akan MATI ialah, Banduan Akhir.


Ada satu kes, dinamakan sebagai "Banduan Akhir", banduan akhir ialah banduan yang melakukan jenayah yang berat mengalami proses kehakiman kadangkala 2 tahun, 3 tahun, 5 tahun dan akhirnya akan dihukum dengan hukuman gantung oleh hakim. Kalau hukuman gantung itu dibacakan pada hari Isnin, maka gantung hingga mati dilakukan oleh semua banduan akhir beragama Islam pada hari Jumaat.

Apabila seorang banduan akhir dihukum gantung sehingga mati, maka namanya diketika itu akan menjadi banduan akhir dan biliknya akan diasingkan. Nama biliknya "Sel akhir". Katakanlah hakim jatuhkan hukuman hari Isnin, ketika itu baki kehidupan harinya ialah Selasa, Rabu dan Khamis sahaja.

Waktu Hakim baca,"Maka ini dijatuhkan hukuman gantung sampai mati yang akan dilaksanakan pada hari Jumaat ini diantara jam 6 pagi hingga jam 7 pagi." Ianya mesti prosedurnya begitu. Kalau hukumana dibaca hari Ahad, Jumaat dijatuhkan hukuman. Kalau Rabu, maka baki kehidupannya sehari sahaja lagi.


Orang yang namanya banduan akhir ini, selesai hakim membaca keputusan, lutut dia dah tak boleh berdiri dah. Sebab apa tuan-tuan? Sebab dia masih boleh bernafas 3 hari sahaja. Dia hanya boleh bernafas 4 hari sahaja. Air mata sudah berlinangan sejak dari mahkamah lagi.

Balik ke penjara, warden akan suruh asingkan barang-barang dan mesti dipindahkan ke sel belakang sekali seorang-seorang. Diketika itu, kita akan tengok bagaimana banduan akhir menghabiskan kehidupannya. Sentiasa membaca Al-Quran. Bila ustaz agama yang pergi disitu, majlis percakapan dan nasihat itu akan dipenuhi dgn tangisan air mata.

"Saya banyak dosa ustaz"

"Saya tinggalkan tanggungjawab saya."

"Saya tinggalkan tanggungjawab saya pada ibu dan ayah saya ustaz"

Pergilah waktu mana pun, kita akan tengok banduan akhir ini berdiri di depan Allah, sembahyang. Solatnya panjang, zikirnya banyak, Qurannya banyak mengadu pada Allah SWT. Kenapa? Sebab dia tahu umur dia lagi 3 hari, lagi 2 hari.

Tuan-tuan dirahmati Allah, bila sampai hari Khamis, esok jumaat pagi dia akan digantung. Malam itu kita nak tidur lagi tuan-tuan? Tak tidur dah. Manusia yang tahu ajal nya , dia dah tak boleh tidur dah tuan-tuan. Sebab itu diantara rahmat Allah yang besar adalah MERAHSIAKAN kematian kita supaya kita boleh makan, supaya kita boleh tidur, supaya kita boleh bermain dan sebagainya.

Kalau dia tahu lagi sebulan ajal nya, nescaya sebelum sebulan lagi dia dah tak akan bermain lagi. Tapi Allah SWT merahsiakan kematian itu sebagai BUKTI dan RAHMAT Allah kepada saya dan kita semua.


Banduan akhir ini, walaupun dibuka rahsia kematian oleh Allah, maka dia jauh lebih beruntung daripada kita semua. Sebab dia tahu untuk bertaubat bila. Dia boleh bertaubat , Alhamdulillah.

Majoriti manusia yang dibawa menghadap Allah TIDAK sempat bertaubat pada Allah SWT. Tak tahu bila nak mati. Maka baduan akhir ini pada malam Jumaat, Alhamdulillah dia beruntung untuk mengaku dihadapan Allah.

"Ya Allah aku berdosa dihadapan Mu Ya Allah. Aku mengaku bahawa selama ini aku melakukan kesalahan kepada Mu Ya Allah! Ya Allah ampunilah dosa aku Ya Allah!!".

Maka datang daripada seluruh KEIKHLASAN dihimpunkan di dalam hatinya menghadap Allah. Untung dia. Esok pagi @ malam itu, banduan akhir ini akan diberi pilihan untuk memilih makanan yang tidak melebihi lebih kurang RM 7.50. Dia diberi pilihan boleh pilih sama ada Char kuew teow kah, nasi ayam penyetkah, cucur udang kah maka dia akan diberikan pilihan boleh pilih.

Tuan-tuan banduan akhir nak order apa? Kebanyakan banduan akhir TIDAK lagi akan memesan apa²-apa makanan lagi. Dah tak lalu makan dah. Sebab esok hari bila dia bangun, bukannya bangun pun bahkan malam itu adalah malam yang dia tak akan tidur. Selalunya kes banduan akhir ini esok dia bangun selapas dia solat subuh, hukumannya MESTI diantara jam 6 hingga 7 pagi.

Maka BENARLAH apa yang Allah sebut, dia sendiri tak tahu bila dia akan mati. Walaupun harinya dia akan tahu, tetapi minit ke berapa, saat ke berapa nyawa dia akan keluar dia tak tahu. Itu rahsia Allah.

Ya, benar. Dia disarungkan tali di lehernya pada jam 6.47pagi contohnya tapi dia tak tahu saat ke berapa dia akan kehabisan nyawa. Esok paginya, banduan akhir akan diberi peluang untuk bercakap dengan ahli keluarganya.

Tuan-tuan bagi peluang bercakap dengan ahli keluarga tak ada ungkapan yang akan keluar. Hanya peluk dan nangis, peluk dan nangis. Dah tak boleh bercakap dah. Nak cakap apa pun dah tak boleh. Nak cakap apa lagi? Nak suruh jaga pokok bunga yang ayah tanam? Tak ada apa yang boleh dipesan diketika itu. Yang boleh keluar hanya 2 perkataan sahaja ;

"Maafkan ayah...Maafkan ayah".

Bila peluk isteri "Maafkan abang, Maafkan abang". Itu sahaja.

Nak kemaafan sahaja disaat-saat akhir ini. Kemudian, dia akan dibawa ke situ lalu digantung. Allah merahsiakan kematian itu untuk saya dan kita semua agar sentiasa melakukan persiapan unutk bertemu dengan Allah SWT.

Wallahua'lam.

Sumber : Jazwan Kahar
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Ayo daftarkan diri Anda di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g :)
    pin bbm 7ACD8560

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli