Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dengan Berat Hati Saya Umum Majlis Perkahwinan Saya Dibatalkan - Hans Isaac

One Comment

 Khabar angin keretakan hubungan antara Datuk Hans Isaac dengan tunangnya Gabrielle Robinson terjawab apabila aktor tersebut memberitahu tentang pembatalan perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada 29 Julai lalu sebelum ditunda kepada tarikh yang tidak dimaklumkan.

Menurut laporan dari mStar Online, Hans, 46 menyatakan keputusan untuk membatalkan perkahwinannya dengan model tersebut dibuat setelah berfikir panjang selepas mereka mengikat tali pertunangan pada 29 Februari lalu.

"Dengan berat hati saya umumkan bahawa rancangan saya untuk berkahwin, setelah bertunang pada 29 Februari awal tahun ini, terpaksa dibatalkan.

"Keputusan untuk membatalkan rancangan perkahwinan ini tidak mudah dan dibuat setelah berfikir panjang susulan daripada pertunangan tersebut," katanya


Sementara itu, Hans juga memohon maaf kepada semua rakan dan keluarga yang telah memberikan sokongan yang tak terhingga dan mendoakan terbaik buatnya.

Sebelumnya, Hans menafikan desas desus khabar angin pertunangan dengan Gabrielle sudah berakhir selepas kedua-dua mereka dilihat memadam kesemua gambar bersama di laman Instagram.

Sumber- mStar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Mari coba keberuntungannya disini F*a*n*s*b*e*t*t*i*n*g
    Kontak bbm 5EE80AFE :D

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli