Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dah Macam Fast & Furious: Adegan Berkejaran Lebih 100KM di PLUS Semalam, Libatkan Kereta Polis & Sebuah Proton Wira



Dah macam adegan filem.

Itu yang boleh disifatkan dalam kejadian polis mengejar sebuah kereta sejauh 100 kilometer merentasi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang berlaku pada awal pagi tadi.

Adegan itu berkahir di KM 181.2 ara Utara, susr keluar plaza Tol Alor Pongsu dan hasilnya seorang lelaki berjaya ditahan.

Kejadian turut menyebabkan seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang cedera di bahagian bahu dan lengan sebelah kiri apabila kereta yang dipandu dilanggar kereta suspk yang cuba melarikan diri melalui susur keluar persimpangan Alor Pongsu.

Sinar Online berkata, mereka difahamkan kejadian itu berlaku pada jam 1.40 pagi dan melibatkan beberapa buah kreta polis dengan sebuah kereta jenis Proton Wira yang dipercayai bermula dari Jambatan Pulau Pinang.



Kejadian itu menyebabkan polis mengadakan sekatan jalan raya di KM242 Lebuhraya Utara Selatan susur keluar Kuala Kangsar.

Semasa sekatan dibuat, difahamkan kereta dinaiki suspek cuba meloloskan diri memasuki lorong Smart Tag sebelum membuat pusingan U bagi menghala semula ke utara.

Ibarat adegan filem barat, polis kemudiannya membuat penutupan sepenuhnya jalanraya di KM 178 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, namun tindakan itu seakan-akan dihidu suspek yang akhirnya cuba melarikan diri melalui susur keluar persimpangan tol Alor Pongsu.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, setelah membelok ke susur Alor Pongsu, kereta saspek terus melanggar palang di Plaza Tol Alor Ponsu dan selepas itu membelok ke simpang kiri.

Menurutnya, kereta dinaiki suspek kemudiannya terbabas dan masuk ke dalam parit lebih kurang satu kilometer dari jarak plaza tol tersebut sebelum ditangkap serta merta oleh anggota polis yang mengejarnya.



Sumber: Sinar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli