Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Che Ta Kongsi Rezeki, Taja Orang yang Tak Berkemampuan Menunaikan Umrah

One Comment

Pelakon popular Rozita Che Wan sudah tiga kali menaja 30 orang penduduk yang kurang berkemampuan menunaikan umrah di kampung dekat Alor Setar, Kedah.

Menurut Rozita yang lebih dikenali sebagai Che Ta, dia hanya sekadar ingin berkongsi rezeki dengan mereka yang belum berpeluang untuk menunaikan umrah.

“Pada 2014 saya menaja 10 orang menunaikan umrah. Apabila ada rezeki lebih lagi, saya teruskan perkara sama. Saya jadi seronok melihat orang lain gembira dapat buat umrah.

“Insya-Allah, tahun ini saya perlu bertanya dan mencari mereka yang betul-betul layak. Kalau boleh saya mahu mereka dalam kalangan keluarga susah,” katanya.

Che Ta berkata, selain dari menaja orang kampung, dia turut menaja adik-beradik, saudara-mara serta kakitangan syarikatnya menunaikan umrah.


“Sebelum menaja orang kampung, saya jalankan tanggungjawab ini kepada saudara-mara terdekat dahulu.

“Mula-mula saya taja adik-beradik seibu sebapa. Kemudiannya adik-beradik daripada tiga ibu tiri, rakan dan kakitangan syarikat. Saya berasa puas apabila dapat berkongsi rezeki ini bagi sama-sama merasai nikmat mengerjakan umrah buat pertama kali,” ujarnya.

Ibu kepada tiga orang anak ini berharap niat murninya itu tidak disalah anggap orang ramai sebagai riak atau menunjuk-nunjuk.


Jelasnya, tindakannya itu hanya sekadar perkongsian yang boleh mendidik orang lain melakukan perkara sama sekiranya mereka berkemampuan.

Pada masa sama, Che Ta berhasrat meneruskan perkara ini kerana baginya usaha dan bekerja ke jalan Allah tidak akan pernah putus.

“Saya sentiasa berdoa terus dimurahkan rezeki supaya dapat meneruskan perkara ini. Insya-Allah selepas ini saya nak menghantar anak yatim piatu pula. Doakan semoga perancangan saya dipermudahkan,” katanya.

 Che Ta yang baru dilantik menjadi duta pakej umrah syarikat Imtiyaz Travel & Tours bersama suami bakal menunaikan umrah kali ke-11 pada 22 Januari sehingga 2 Februari tahun depan bersama 20 ahli keluarga lain.

Sumber-  Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli