Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Campak Duit Syiling Ke Dalam Enjin Pesawat Untuk 'Elakkan Kecelakaan', Wanita Ditahan Polis Selepas Penerbangan Terpaksa Ditunda

One Comment

ANHUI - CHINA. Akibat tindakannya mencampak duit syiling ke dalam enjin sebuah pesawat, seorang penumpang warga emas ditahan polis selepas penerbangan Lucky Air tersebut terpaksa ditunda sehari untuk pemeriksaan enjin.

Insiden tersebut berlaku di lapangan terbang Anqing, Anhui melibatkan penerbangan ke Kunming.

Menurut laporan Shanghaiist, suspek yang dikenali sebagai Fang, 76, dilihat membaling sesuatu ke arah enjin pesawat.


Siasatan yang dijalankan oleh pegawai penerbangan menemui duit syiling yang dipercayai dilontar ke dalam enjin bagi 'membuang celaka' sepanjang penerbangan tersebut.

Terdahulu, kes sama turut berlaku pada jun lepas apabila seorang warga emas berusia 80 tahun juga ditahan polis selepas mencampak beberapa duit syiling ke dalam enjin sebuah pesawat yang dinaikinya.

Sumber- Shanghaiist
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g, aman dan terpecaya :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli