Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Boy Iman Tak Pernah Diiktiraf sebagai Ayahanda PEKIDA

One Comment

Kuala Lumpur - Ahli Majlis Tertinggi PEKIDA Malaysia, Rohaida Roslan menyangkal dakwaan orang ramai yang mengaitkan Boy Iman dengan pertubuhan itu.

“Boy Iman tak pernah diiktiraf sebagai ayahanda Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (PEKIDA). Jadi, kami harap orang ramai jangan kaitkan dengan PEKIDA,” kata Rohaida yang juga merupakan Pengerusi Perhubungan PEKIDA Wilayah Malaysia.

Sementara itu, selain watikah pelantikan pelakon tersebut sebagai Ayahanda di Cheras,  polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman turut merampas pelbagai sijil ketika melakukan serbuan Isnin lalu.


Menurut Rohaida, gelaran ayahanda yang diguna Boy Iman atau nama sebenarnya Datuk Norul Iman Abd Rahman  diterima menerusi sebuah pertubuhan yang dikenali sebangai Majlis Jemaah Cochrane (MJC).

“Gelaran ayahanda bukan diberi secara sebarangan dan dalam PEKIDA sendiri, hanya dua individu yang berhak memberi gelaran ini kepada seseorang iaitu Presiden PEKIDA Malaysia, Jamaludin Yusof dan Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Roslan Dahaman,” katanya yang dipetik dari laporan Harian Metro.


Presiden Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (PERMAS) Datuk Abdul Halim Ali berkata, tindakan Boy Iman itu memang memalukan bagi individu yang mengakui berstatus ayahanda.

Bagaimanapun, Abdul Halim berkata, tindakan (penipuan) pelakon itu bersifat peribadi dan bukanlah mencerminkan sifat individu berstatus ayahanda secara keseluruhannya.

Sumber- Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli