Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Boy Iman Ditahan Reman Dua Hari

No Comment

Susulan kes Boy Iman atau Pengarah Urusan DBI Properties Datuk Nuruliman A Rahman,37, telah ditahan reman selama dua hari bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta.

Perintah tahanan reman suspek dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Muar Nor' Iza Mohamed hari ini mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Menurut laporan, suspek dilihat dibawa ke mahkamah dengan tangan bergari dan dipeluk erat anggota polis kira-kira 9 pagi hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani sebelum ini dilaporkan berkata, suspek ditahan di Balai Polis Bukit Indah, Ampang kelmarin.

Jumlah laporan berkaitan penipuan jualan rumah yang dilakukan DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources (SJKGR) meningkat daripada 188 kepada 201 laporan.

Selain pelakon terbabit, pihak polis juga akan mendapatkan perintah tahanan reman ke atas dua lagi suspek di Nilai, Negeri Sembilan bagi kes yang sama hari ini. Ia bagi membolehkan siasatan dilakukan terhadap kes sama di Nilai dan Muar.

Pada 3 Oktober lalu, pelakon berkenaan dan dua yang lain ditahan susulan daripada 188 laporan polis oleh individu yang mendakwa ditipu dua syarikat yang menawarkan rumah kepada pembeli dengan harga lebih rendah berbanding harga pasaran iaitu sekitar RM60,000 untuk sebuah rumah banglo yang berkeluasan 1,650 kaki persegi.

Bagaimanapun, selepas pembeli melunaskan bayaran, syarikat berkenaan tidak menjalankan pembinaan rumah seperti yang dijanjikan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sumber - Berita Harian
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli