Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bill Gates Akhirnya Bertukar Kepada Telefon Android, Masih Tak Mahu Pakai iPhone


Pengasas Microsoft, Bill Gates, memberitahu Fox News bahawa dia baru-baru ini telah bertukar kepada peranti telefon yang beroperasi menggunakan perisian Android.

Syarikat itu telah menghentikan pembikinan telefon Windows dan perisian peranti mudah alih itu pada Julai berikutan permintaan yang teruk dari pengguna. Pada suku pertama 2017, pegangan telefon Windows berada pada 0.1% dari keseluruhan peranti telefon pintar.

Kini, Bill Gates juga telah pun meletakkan telefon Windowsnya di tepi dan menggunakan yang lain.

Bagaimanapun, Bill Gates tidak menyebut jenama apa yang dia pakai namun berkata peranti itu mempunyai 'banyak aplikasi Microsoft'.

"Jadi, tiada iPhone?" tanya pemberita.

Jawab Bill Gates: "Tak mau iPhone.".

Apple dan Microsoft memang sudah berada dalam keadaan yang janggal bertahun-tahun lamanya, lagi-lagi selepas keluarnya iklan televisyen Apple yang terkenal dengan ayat: "I'm a Mac" and "I'm a PC" tidak lama dahulu.

BBC
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli