Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Biarpun Kemalangan, Tangannya Tetap Erat Pegang Surat Pelanggan - Abang Posmen Ini Dipuji Kerana Sifat Amanahnya Yang Kuat


Penang, 2 Okt - Biarpun baru sahaja terlibat dalam kemalangan, seorang posmen tetap setia memegang surat yang diamahkan kepadanya untuk dihantar walaupun darah boleh dilihat menitik dari bahagian hidung atau mulutnya.

Menurut Penang Kini, kemalangan itu berlaku di Penang Road hari ini.

Apa yang menjadikan foto posmen ini menarik adalah dia langsung tidak melepaskan surat-surat yang patut dihantar olehnya sehinggalah pengurusnya sampai.

Memuji sifat amanah posmen itu, pengguna Facebook Khairul Anuar Abd Rahim berkata "Amanah dedikasi terhadap tugas bagus bang..bagi la kidmat cemerlang tunjuk prestasi kerja yg tinggi..betanggungjawab.. dengan amanah tugas yg diberi..pihak jabatan bagi sedikit bantuan ganjaran dan surat penghargaan dia menjalankan tugas."

Atika Aziz pula mengambil peluang untuk menyatakan rasa kesiannya terhadap posmen-posmen yang kadang-kadang terpaksa merempuh hujan untuk menyelesaikan amanah.

"Kadang2 kesian dkt abng2 posmen yg hntar naik moto tambh2 time hujan sedih tgok depa terasa smpai jiwa kdng tpkir aku cari rezeki wlpon hujan di bwah bumbung tapi depa cri rezeki hujan ka pnas tadak bumbung.. Tu pon stgh org ada ja yg nk kondem depa." tulisnya.

Diharap agar abang posmen yang amanah ini cepat-cepat sembuh!

Sumber: Penang Kini
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli