Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Berkhidmat Selama 61 Tahun, Penjawat Awam Paling Lama Berkhidmat Telah 'Pergi' Untuk Selamanya

2 ulasan

Kini telah tiada individu, yang akan dicari jika ada yang ingin mengadakan pertemuan dengan ketua menteri Pulau Pinang. Begitu juga jika ada seseorang perlu berurusan dengan pejabat ketua menteri tetapi tidak tahu bagaimana prosedurnya, beliau jugalah yang akan dicari.

Selama bertahun-tahun, beliau begitu komited dengan tugasnya, malah jika dia tidak menjawab panggilan telefon, ia merupakan satu kejutan.

Ong See Fook seorang yang lembut dan sopan, merupakan setiausaha sulit kepada tiga ketua menteri Pulau Pinang. Beliau telah berkhidmat selama 61 tahun hidupnya sebagai penjawat awam.

Beliau meninggal dunia pada usia 83 tahun pada Rabu lalu, akibat kanser prostat.

Diberi cuti sakit selama sebulan selepas doktor yang merawatnya mengarahkannya untuk berehat.


Menurut isterinya, Lim Chooi Bee, 80, berkata kansernya didiagnosis pada akhir bulan Julai semasa melakukan pemeriksaan kesihatan.

"Saya dan anak saya memutuskan untuk tidak memberitahu tentang penyakitnya supaya dia boleh menghabiskan masa-masa terakhirnya dengan melakukan apa yang dia mahu.

"Kansernya lewat diketahui. Dia dimasukkan ke hospital kali terakhir pada hari Isnin. Dia tidak banyak menderita sebelum meninggal dunia," tambah Chooi Bee ketika ditemui di Gelugor, Jumaat.

Menurut Chooi Bee, suaminya memulakan perkhidmatan awamnya pada 1956 dengan berkhidmat di bawah Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang mana ketika itu Tan Sri Wong Pow Nee memegang jawatan sebagai ketua menteri Pulau Pinang yang pertama.

Beliau juga turut bekerja sebagai pembantu peribadi kepada Tun Dr Lim Chong Eu dan terus berkhidmat di pejabat ketua menteri di bawah Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, diikuti oleh Lim Guan Eng.

Sudah beberapa kali See Fook merancang untuk bersara, namun beliau tidak mampu menolak setelah kontraknya diperbaharui.

"Dia seorang lelaki yang tenang dan mengasingkan kerja dan kehidupannya. Dia mempunyai semangat yang tinggi untuk kerjanya. Walaupun The Star mahu menemubual tentang kerjayanya tahun lalu, dia beritahu hanya akan melakukannya selepas bersara," katanya.

Dr Koh turut bersedih akan pemergian See Fook, kerana beliau sebagai salah seorang pekerja yang paling berdedikasi yang pernah berkhidmat dengannya.

"Dia sangat rajin, teliti dan menyimpan rahsia.

"Pada masa saya meninggalkan pejabat ketua menteri pada tahun 2008, Ong sudah berusia 74 tahun.

"Dia, pada masa itu, sudah menjadi orang yang paling lama berkhidmat di mana-mana pejabat kerajaan di negara ini," katanya.

Beliau mengenali See Fook lebih dari 35 tahun.

Sementara itu, Guan Eng, berkata pejabatnya mahu See Fook terus bekerja disebabkan perkhidmatannya yang cemerlang.

"Dia bekerja sungguh-sungguh sehingga saat akhir, sehingga bulan terakhir dia tidak sihat," katanya.


Sumber - mStar
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Mari coba keberuntungannya disini u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g,
    Kontak bbm 7ACD8560 :D

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli