Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Berbaloi Atau Tidak Nak Simpan Kad Biru ini? Berikut Cara Untuk Kumpul Mata Dengan Lebih Cepat Sebelum Tebus Hadiah Dengan Kad Biru ini

6 ulasan

Di Malaysia sekarang ni, ada macam-macam program loyalti - dari fesyen, makan-makan sampailah kepada isi minyak di stesen minyak - ada saja kad-kad tertentu yang perlu kita simpan dalam poket untuk kumpul mata-mata ganjaran.

Kadang-kadang tu rasa annoying pun ada sebab dah banyak sangat, jadi amatlah penting kita memilih kad mana yang paling berbaloi untuk disimpan dalam dompet.

Disebabkan itu, kami mahu tunjukkan salah satu program loyalti yang sangat berbaloi untuk disertai, tetapi rasanya dah ramai yang tahu sebab program loyalti ni memang dah lama kat Malaysia ni. Bagi yang belum tahu, nama dia BonusLink.


Apa itu BonusLink dan bagaimana nak dapat ganjaran?

Kalau korang nak tahu, BonusLink ni ada sediakan kad kepada pengguna-penggunanya. Kad BonusLink juga dikenali sebagai 'Kad Biru', jadi kalau pergi kedai mana-mana, kalau cashier tanya ada kad biru tak, cepat-cepat keluarkan kad BonusLink la.

Kad Biru ni boleh di swipe di berbagai kedai-kedai jenama popular untuk mendapatkan mata ganjaran. Mata-mata yang terkumpul itu kemudian boleh ditebus dengan ganjaran.

Tapi kejap, dah 2017 ni takkan nak bawak kad dalam dompet lagi kan. Di sinilah salah satu kelebihan BonusLini. Selain dari kad fizikal, kad BonusLink juga boleh dibawa menerusi aplikasi telefon pintar. Cuma muat turun aplikasinya di Play Store atau App Store saja.

Jika anda jenis yang suka pakai kad kredit pula, baru-baru ini BonusLink melancarkan kad ganjaran bersama kad kredit yang dikenali sebagai Kad Kredit AmBank BonusLink Visa. Jadi, ianya kad ganjaran dan dalam masa yang sama kad kredit. Dua dalam satu - Nice kan?

Kad BonusLink ini boleh di-swipe di pelbagai kedai termasuklah Shell, Parkson, Focus Point, Caring Pharmacy. Kalau anda membeli secara online pun boleh swipe juga. Janji buat pembelian tu di Agoda, Firefly, eForex, eRemit dan macam-macam lagi. Untuk senarai kedai, sila tekan link ini.

Apa yang boleh dapat dengan mata ganjaran BonusLink?

Bercakap mengenai ganjaran yang ditawarkan pula, pemilik kad Biru ini boleh menukar mata ganjaran BonusLink dengan pelbagai barangan menarik. Dari barangan rumah, gajet-gajet terkini, mainan kanak-kanak dan banyak lagi! Berikut antara barang-barang yang boleh ditebus:


Gajet-gajet cool

Pelbagai peralatan rumah


Peralatan dapur yang akan gembirakan suri rumah


Alat perhiasan dan penjagaan diri


Tak lupa juga untuk si comel anda.


'Mainan-mainan' untuk orang dewasa pun ada!
Pelbagai baucar makanan dan aktiviti-aktiviti menarik.
Gambar-gambar kat atas ni cuma sebahagian kecil dari ganjaran yang ditawarkan menerusi BonusLink. Selain hadiah-hadiah fizikal macam ni, BonusLink juga ada ganjaran berbentuk voucher yang sedikit sebanyak boleh membantu anda berjimat. Sebagai contoh, voucher minyak Shell, Parkson, Baskin-Robbins, Coffee Bean, Tony Romas. Voucher TGV pun ada tau.

Kalau tahu senarai penuh ganjaran, boleh tekan pautan ini.

Cara nak gunakan kad BonusLink se-maksima mungkin setiap hari!

Bagi menjelaskan dengan sejelas-jelasnya bila dan bagaimana anda boleh kumpul mata BonusLink, kita pecahkan situasi kepada beberapa senario.

1 - Ketika Isi Petrol

Untuk setiap liter minyak di Shell, pemegang kad BonusLink akan mendapat satu mata. Jika sehari kita menggunakan lima liter petrol, dalam masa sebulan kita sudah boleh mengumpul mata BonusLink sebanyak 150 mata. Lagipun, apa salahnya kumpul mata sambil isi minyak kan? Cuma perlu swipe sahaja. Lagi best, pada 8 October ni, BonusLink bersama Shell telah melancarkan promosi baru, dimana hanya dengan satu pam minimum RM30, anda boleh memenangi RM5,000 tunai dan 50,000 mata ganjaran BonusLink!

2 - Ketika Mahu Travel

Mereka yang gemar travel juga amat digalakkan untuk mempunyai kad ini. Mengapa? Kerana jika anda menempah hotel dengan Agoda, anda akan menerima sehingga 10 mata untuk setiap seringgit yang dibelanjakan. Banyak tuu. Layari https://www.agoda.com/bonuslink untuk info lanjut.

Nak travel tu mesti kena naik kapal terbang kan. Tempah pesawat Firefly dan anda akan menerima mata BonusLink juga. Purrfectt.

3 - Ketika Beli barangan harian

Mungkin ramai yang tak tahu, sekiranya anda membeli belah barangan keperluan harian di Parkson, anda boleh menebus mata ganjaran BonusLink (kalau ada voucher lagi jimat) ! Baju, seluar, kasut, selipar, pakaian sukan semua ada di Parkson. Jadi rugi pulak kalau tak swipe kad BonusLink kan?

Jika anda ingin membeli barangan elektronik atau cermin mata  pula, mata ganjaran BonusLink boleh dikumpul di FocusPoint, GadgetRia, Boulevard IT, Litz, Time2Time, ESH Electrical, C L Khoon Electronics.


4 - Ketika Beli barangan penjagaan kesihatan


Rugi tau kalau beli ubat atau barangan penjagaan kesihatan tapi tak tukarkan setiap ringgit yang dibelanjakan tu kepada mata ganjaran BonusLink. Kalau nak dapat mata BonusLink, pastikan anda pamer kad BonusLink setiap kali berbelanja di Caring Pharmacy. Kalau di Sabah, anda boleh kumpul ‘Points’ di Doses Pharmacy. 

ITU JE KE?


BonusLink adalah satu program ganjaran yang benar-benar komited dalam menyediakan ganjaran kepada pengguna-penggunanya. Disebabkan itu, mereka sentiasa mengemaskini ganjaran mereka bergantung kepada minat-minat dan trend semasa. Boleh dikatakan, tiap-tiap bulan pemegang kad Biru ini boleh menjangkakan 'suprises' yang akan ditawarkan kepada mereka.

Berikut antara ganjaran-ganjaran istimewa pada 2017 dan mereka termasuklah Tiket konsert EXo, peluang menang telefon Samsung S8, konsert Yuna dan macam-macam lagi!
Antara promosi-promosi menarik yang boleh dinikmati oleh pemegang kad BonusLink pada 2017.

Jadi, berbaloi ke nak simpan Kad Biru ni?

Dalam pandangan jujur kami, ya, kad BonusLink adalah kad ganjaran yang perlu ada dalam dompet setiap orang.

Kenapa? Disebabkan pihak yang mengendalikan program BonusLink dilihat sangat komited dalam menyediakan pelbagai ganjaran kepada pemegang kad ini.

Buktinya, ganjaran-ganjaran yang ditawarkan pula adalah up-to-date dan mengikut trend.

Jika anda mahu membuat permohonan kad menerusi atas talian, boleh layari https://www.bonuslink.com.my/EN/MemberApplication.aspx dan penuhkan borang yang diberikan. Tetapi, jika anda mahu kaedah konvensional, boleh terus minta kad BonusLink di stesen minyak Shell terdekat. Cuma lima minit diperlukan!

Layari www.bonuslink.com.my untuk mengetahui lanjut mengenai BonusLink. Jangan bazirkan setiap ringgit yang anda belanjakan. Swipe la dengan BonusLink!
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 6 ulasan )
  1. DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :) :* :*

    www.dewapk.com

    BalasPadam
  2. mari buruan yang jauh merapat, yang dekat silahkan daftar,mainkan dan menangkan hadiahnya, hanya di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g

    BalasPadam

  3. lagi cari bandar togel.. gabung saja di dewalotto.com
    selain ada togel ada games dan casino juga
    depo wd cuma 20 ribu
    Wujudkan impian anda hanya di dewalotto.com

    BalasPadam

  4. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

  5. Yuk daftarkan diri anda bersama kami di k.e.l.i.n.c.i.99 ya..
    Di Add Ya kontak 2.B.1.E.7.B.8.4...
    ada CS ANGELNA yang cantik...
    dapatkan freechip 5000 setiap hari nya..

    BalasPadam
  6. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli