Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bekas Isteri Pemain JDT Fail Empat Tuntutan Di Mahkamah

4 ulasan

KUALA LUMPUR: Bekas isteri pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Amirul Hadi memfailkan empat tuntutan termasuk hak penjagaan dan nafkah anak tunggal mereka, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini.

Hanita Halid, 26, yang juga merupakan bekas atlet gimnas negara memfailkan permohonan memfailkan permohonan hak jagaan anak mengikut Seksyen 81(1); nafkah anak mengikut Seksyen 72(1)(2); mutaah mengikut Seksyen 56 dan nafkah edah mengikut Seskyen 59(1) semuanya di bawah Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 terhadap bekas suaminya, Amirul Hadi Zainal, 31.

Kesemua tuntutan tersebut difailkan pada 23 Februari lalu.

Bagaimanapun, pemain bola sepak tersebut tidak hadir pada sebutan kes terbabit.

Hanita hadir bersama peguam syarie Muhammad Zawawi Jalaludin dan Muhammad Amirul Ashraf Ab Ghani.

Menurut peguam syarie, Muhammad Amirul yang ditemui pemberita di luar mahkamah, kes yang disebut di hadapan Penolong Pendaftar Nur Safiza Zainal Abidin ditangguh pada 27 November depan.

Jelas beliau, pada tarikh tersebut mahkamah ingin melihat maklum balas secara bertulis daripada Amirul Hadi selaku defendan dalam permohonan berkenaan.

"Ini berikutan pihak defendan sudah menerima saman dan penyata tuntutan pada Jun lalu.

"Bagaimanapun tiada sebarang balasan dan penyataan secara bertulis dibuat defendan hingga hari ini," katanya.

Amirul Hadi dan Hanita berkahwin pada 1 Mei 2015 dan bercerai pada 6 Oktober 2016 serta dikurniakan seorang anak perempuan berusia dua tahun.

Pada 1 Januari lalu Amirul Hadi yang pernah mewakili skuad kebangsaan mendirikan rumah tangga kali kedua dengan seorang wanita berasal dari Johor.

Sumber- Berita Harian

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :) :* :*

    www.dewapk.com

    BalasPadam
  2. mari buruan yang jauh merapat, yang dekat silahkan daftar,mainkan dan menangkan hadiahnya, hanya di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g

    BalasPadam
  3. lagi cari bandar togel.. gabung saja di dewalotto.com
    selain ada togel ada games dan casino juga
    depo wd cuma 20 ribu
    Wujudkan impian anda hanya di dewalotto.com

    BalasPadam
  4. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli