Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bayi Bertali Pusat Ditinggalkan Di Atas Lantai

One Comment

Sepasang suami isteri terkejut apabila menemui bayi lelaki yang ditinggalkan di gerai sarapan milik mereka di Kampung Parit Selangor, Pontian, 6.30 pagi semalam.

Menurut pemilik gerai, Tarikon Paimon, 65, ketika kejadian, dia bersama isteri, Saijah Samin, 53, pergi ke gerai yang terletak  lima meter dari rumah mereka sebelum terdengar tangisan bayi.

"Kami terkejut dan mencari punca tangisan itu sebelum bunyinya semakin kuat apabila menghampiri gerai sarapan kami. Kemudian saya terlihat seorang bayi lelaki yang cukup sifat ditinggalkan di atas simen dengan ditutupi kain putih.

"Tiada sebarang nota atau beg lain ditinggalkan bersama bayi itu, sebelum saya meminta bantuan jiran yang juga bidan untuk membersihkan bayi berkenaan

Jelas Tarikon, dia segera menghubungi Balai Polis Pontian sebelum anggota polis datang untuk menjalankan siasatan.

“Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut tiba di rumah dan membawa bayi itu ke Hospital Pontian untuk menjalani pemeriksaan," katanya ketika ditemui.

Pesara guru itu berkata, ketika ditemui, tali pusat bayi itu masih belum tertanggal dan badannya dalam keadaan bersih kecuali mukanya berpasir mungkin disebabkan diletak di atas simen.


"Saya berharap pihak berkuasa dapat memberkas ibu bapa bayi berkenaan, sampai hati mereka meninggalkan bayi di atas lantai tanpa memikirkan keselamatannya.

"Bayi itu bukan saja kesejukan malah berdepan risiko digigit haiwan liar,” katanya.

Berita penemuan bayi ini dikongsi oleh penduduk setempak di laman sosial termasuk pemilik facebook Mohd Ehsan yang berkongsi gambar bayi tersebut.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zakaria Abd Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, bayi lelaki seberat 3.5 kilogram itu kini ditempatkan di Hospital Pontian buat sementara waktu

Berikutan itu, katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sumber- Harian Metro, Mohd Ehsan
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli