Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Bakal Jutawan'' Kena Tipu, Duit Lesap Hajat Jadi Kaya Tak Sampai

4 ulasan
Kredit Gambar: Warga Prihatin

Berangan-angan mahu menjadi jutawan komestik bak Datuk Seri Vida hingga ada yang sanggup melabur dalam syarikat kosmetik yang baru disertai dek kerana ingin merealisasikan impian membina empayar perniagaan sendiri.

Namun apa yang terjadi adalah hajat itu diambil kesempatan oleh sebuah syarikat yang menjanjikan pulangan pelaburan dalam 3 bulan yang nilainya melebihi 100 peratus serta memperdaya mangsa dengan janji bergelar jutawan kosmetik.

Bukan sahaja tidak menerima sebarang habuan yang dijanjikan, malah kerugian yang ditanggung para pelabur seramai 105 orang ini adalah RM 788,901.50, yang membuat laporan polis di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pulau Pinang.

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, polis yang menerima laporan tersebut telah bertindak menahan dua lelaki dan seorang wanita di lokasi berasingan di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Ujarnya, suspek yang ditahan dipercayai menawar Skim Pelaburan Krubal (Komuniti Rangkaian Usahawan Global) melalui Syarikat Exorbitance Influence Sdn Bhd) kepada bakal pelabur.

“Suspek lelaki yang ditahan berusia 34 dan 36 tahun manakala suspek wanita berusia 30 tahun.

“Suspek menawarkan pelaburan barangan kosmetik menerusi kumpulan WhatsApp dan laman sosial Facebook (FB) selain mengambil deposit daripada mangsa untuk dilaburkan dalam syarikat ditubuhkan.

“Mereka menawarkan lima pakej pelaburan serendah RM350 hingga RM55,000. Bagi pakej asas 1, 2, 3, pelabur perlu membayar RM350 hingga RM2,350 manakala pakej Deluxe (RM5,350), VIP (RM10,350), VVIP (RM25,350) dan Presiden (RM55,350),” katanya.


Manakala pelabur yang melabur dijanjikan dengan pulangan tinggi melebihi 100 peratus selepas tiga bulan selain hadiah emas dengan jumlah berat mengikut pakej tawaran yang dipilih.

“Pelabur yang tidak menerima pulangan yang dijanjikan membuat laporan polis untuk siasatan lanjut. Dianggarkan 1,500 hingga 2,000 pelabur sudah menjadi mangsa skim ini.

“Dalam serbuan itu, polis merampas empat kenderaan mewah, satu tab, tiga komputer riba dan pelbagai dokumen syarikat termasuk buku cek serta fail,” katanya.

Ketiga-tiga suspek ditahan reman mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sumber : myMetro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G agent bola terpercaya di Indonesia
    mari daftar 5ee80afe :)

    BalasPadam
  2. join yuk guys di areatoto.com
    ada sportbook togel casino sabung ayam
    minimal deposit 20 ribu dan withdraw 50 ribu
    hanya dengan 1userid sudah bisa bermain semua games lo

    BalasPadam
  3. Hallooo sobat Togelers yang hobi tebak angka atau nomor TOGEL atau permainan SBOBET yuk merapat bersama dengan kami bermain di AREATOTO selain togel kami menyediakan games sbobet, ibcbet dan sabung ayam juga lohh.. dengan proses mudah dan nyaman banget bermain bersama kami karna kepuasan member adalah prioritas utama kami. Dengan pelayanan 24jam dari kami dan proses cepat tidak sampai 1 menit kami sungguhkan untuk melayanin anda semua silahkan ya daftar dan bermain pin bb D61F44C2 silahkan..

    BalasPadam
  4. lagi cari bandar togel.. gabung saja di dewalotto.com
    selain ada togel ada games dan casino juga
    depo wd cuma 20 ribu
    Wujudkan impian anda hanya di dewalotto.com

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli