Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Amuk Kerana Cemburu Sepupu Mahu Berkahwin Dengan Orang Lain

4 ulasan

Amukan seorang penganggur bertindak menendang perut seorang wanita, gara-gara cemburu sepupunya mahu berkahwin, semalam.

Berdasarkan sumber, dalam kejadian jam 1 pagi, wanita berusia 31 tahun itu pulang ke rumah bersama teman lelaki dan ditahan suspek, 37, yang tinggal berhampiran, di Taman Jujur, Sikamat.

Sepupunya yang memegang kapak ketika itu meluru ke arah mangsa dan menendang perutnya sehingga terjatuh.

“Kejadian disaksikan seorang lagi saudara yang meleraikan pergaduhan. Suspek diarahkan pulang, manakala wanita itu dan teman lelaki memasuki kediaman,” katanya.

Menurutnya, suspek datang semula ke rumah wanita terbabit jam 2 pagi dan mengarahkan mereka keluar.

“Lelaki itu yang masih memegang senjata sama menghamburkan kata-kata kesat dan mengugut mahu memotong kepala sepupunya. Suspek menjadi tidak keruan apabila memecahkan cermin tingkap di rumah wanita berkenaan,” tambahnya.

Dalam pada itu, keadaan bertambah kecoh apabila serpihan kaca mengenai bahagian badan anak perempuan mangsa.

“Sehubungan itu, wanita terbabit menghubungi pihak polis sebelum sepasukan anggota tiba di lokasi. Suspek ditahan dan kapak dirampas.”

Jelasnya, hasil siasatan mendapati suspek dan wanita itu adalah sepupu serta pernah bercinta.

“Hubungan itu terputus di tengah jalan berikutan suspek tidak bekerja, gemar bergaduh dan sering mabuk. Kemuncaknya apabila wanita terbabit memutuskan mahu mendirikan rumah tangga bersama teman lelakinya,” katanya lagi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.

“Siasatan pihak polis mendapati punca amukan disebabkan suspek cemburu kerana sepupunya mahu mendirikan rumah tangga,” katanya.

Suspek kini direman mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah serta khianat.


Sumber - Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Ayo daftarkan diri Anda di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g :)
    pin bbm 7ACD8560

    BalasPadam
  2. Yuk daftarkan diri anda bersama kami di k.e.l.i.n.c.i.99 ya..
    Di Add Ya kontak 2.B.1.E.7.B.8.4...
    ada CS ANGELNA yang cantik...
    dapatkan freechip 5000 setiap hari nya..

    BalasPadam
  3. AJOQQ agen judi poker online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    gampang menangnya dan banyak bonusnya :)
    ayo segera bergabung bersama kami hanya di AJOQQ :)

    BalasPadam
  4. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli