Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

9 Sebab Kenapa Huawei Nova 2i Adalah Telefon Pintar Yang Perlu Anda Miliki


Sehingga suku ke-3 tahun 2017, Huawei telah menewaskan iPhone sebagai syarikat pengeluar telefon pintar ke-2  terlaris di dunia. Mana tidaknya, Huawei sering dilihat sebagai syarikat pengeluar yang mengutamakan apa yang pengguna mahukan, telefon yang boleh diharap dengan harga yang berpatutan.

Baru-baru ini, sebuah lagi telefon pintar kelas pertengahan dari Huawei sekali lagi menjadi buah mulut orang ramai iaitu Huawei Nova 2i. Telefon ini banyak mendapat pujian atas ciri ‘flagship’ yang diketengahkan pada harga yang berpatutan.


Jom kita tengok 9 sebab kenapa Huawei Nova 2i adalah peranti yang perlu anda miliki

1. Nisbah Paparan Skrin Besar Dan Luas


Huawei Nova 2i merupakan peranti pertama dari Huawei yang mempamerkan paparan FullView. Dengan paparan skrin HD penuh dan resolusi 2160x1080 pada saiz telefon 5.5 inci, telefon ini merupakan peranti yang mempunyai paparan skrin yang sangat luas bersama bingkai yang nipis. 

Sekali pandang, anda mungkin tidak akan percaya bahawa Nova 2i ini merupakan telefon kelas pertengahan, kerana paras rupanya seakan model ‘flagship’. Anda juga dapat merasai kepuasan apabila menonton movie, video atau bermain games dengan paparan skrin yang maha besar.

2. Peranti Pertama Di Malaysia Dengan Sistem 4 Kamera


Seriously, mana nak dapat telefon dengan tetapan dwi-kamera kat depan dan dwi-kamera kat belakang sekarang ni? Peranti ini adalah jawapan kepada persoalan anda. Nova 2i memiliki dwi-kamera 16MP + 2MP bersaiz 1.75um untuk kamera utama manakala 13MP
+ 2MP 1.75um untuk kamera selfie. Dengan ciri 4 kamera ini, maka pengguna tidak perlu lagi pening kepala nak pilih kamera pilihan. Depan belakang ada dwi-kamera.

3. Lampu Flash Kamera Selfie Pintar


Penah tak anda ambik selfie guna flash, tiba-tiba muka jadi overexposed sebab flash kuat sangat? Huawei Nova 2i selain daripada memiliki dwi-kamera untuk kamera selfie, ianya turut memiliki ciri pintar (Smart Ambient Flash) yang dapat mengenalpasti jarak muka dan kamera selfie dan melaraskan kekuatan lampu flash mengikut kesesuaian. Dengan ciri ini, anda dapat mengambil gambar selfie yang sempurna walaupun dalam keadaan cahaya yang terang.

4. Mampu Mengambil Gambar ‘Bokeh’ Di Kamera Utama Dan Depan

Kamera utama menghasilkan efek ‘bokeh’ yang mantap. Latar belakang kabur menjadikan subjek di depan seakan timbul
Pengguna turut mampu mengambil gambar bokeh dengan ciri Wide Aperture di kamera utama dan hadapan. ‘Bokeh’ adalah sejenis teknik yang sering digunakan oleh pengguna DSLR untuk mengambil gambar portrait yang seakan timbul dengan latar belakang yang kabur. Pengguna dapat melaraskan nilai aperture walaupun selepas gambar diambil.

Kamera selfie yang turut memiliki keupayaan mengambil gambar ‘bokeh’
Walaupun Hannah Delisha sendiri dah memang comel, tetapi dapat dilihat perincian kualiti gambar adalah sangat memuaskan

Pengguna dapat memilih objek yang ingat diutamakan melalui ‘Wide Aperture Mode’

Gambar Landscape juga sangat jelas dengan saiz sensor 1.75um
Malah ianya turut disertakan dengan ciri ‘Beauty Mode’ yang dapat memastikan gambar portrait yang lebih fantastik. Anda juga boleh memilih 18 jenis tetapan efek gambar untuk kamera di depan dan belakang. 




Selain daripada itu, ciri ‘Light Painting Mode’ juga merupakan ciri yang menarik ditampilkan oleh Nova 2i,  yang membenarkan pengguna menangkap pergerakkan cahaya, sejenis teknik yang digelar ‘long shutter exposure’.

5. Cip Pemprosesan Berkeupayaan Besar, Kirin 659.

Cip Kirin 659 dibina dengan kadar kelajuan pada 2.36GHz, satu level yang sudah cukup memadai untuk penggunaan harian. Bersama cip Kirin 659, ianya didokong pula bersama RAM bersaiz 4GB, maka penggunaan kamera dan di sosial media adalah sangat lancar dan boleh diharap.


6. Penggunaan Bateri Pintar


Huawei Nova 2i dimuatkan dengan saiz kapasiti bateri 3,340 mAh bersama sistem operasi EMUI 5.0 yang dapat memastikan penggunaan bateri yang lebih cermat supaya pengguna dapat menggunakan peranti ini selama seharian walaupun menjalankan tugasan berat.

7. Mesin Pembelajar Algoritma Pintar


Dengan Machine Learning Algorithm (MLA), peranti dapat mempelajari paten dan sifat pengguna untuk memberikan pengurusan aplikasi yang cekap dalam memeastikan peranti ini dapat beroperasi dengan lancer untuk jangka masa 2 tahun lamanya. Jika anda mahukan peranti tahan lama dan sentiasa smooth, ini lah peranti untuk anda.

8. Fungsi Aplikasi Berkembar


Anda tidak perlu lagi memuat turun aplikasi ke tiga di Google Playstore kerana ianya sudah memiliki ciri seumpamanya secara terbina. Maka pengguna dapat mendaftar masuk dua akaun di Facebook, WhatsApp, Twitter atau Instagram secara serentak. Ciri ini juga dilihat bersesuaian kepada pengguna yang menjalankan bisnes online, yelah, takkan nak campur aduk profail bisnes dengan personal kan. 

9. Harga Berpatutan Untuk Telefon Dengan Ciri Flagship


Dengan 8 sebab yang disebutkan seperti di atas, anda hanya perlu berbelanja RM 1,299 untuk mendapatkan telefon dengan ciri yang turut diketengahkan oleh model-model flagship dipasaran. 

Mana nak dapat telefon dengan ciri dwi-kamera di depan dan belakang pada harga macam ni? Pada harga macam ni, tidak hairanlah kenapa Huawei Nova 2i laku keras di pasaran. Mungkin juga peranti ini menjadi kegilaan sebab Hannah Delisha kata kamera telefon ni power, tetapi tidak dapat dinafikan, Huawei Nova 2i adalah peranti ‘value for money’ yang patut anda miliki.

Pada yang berminat, sila layari FB Huawei Malaysia dan Vmall.my untuk mendapatkan telefon pintar yang maha berbaloi ni.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. #fansbetting situs b0la online terpercaya :)

    BalasPadam
  2. yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam
  4. Promo www.Fanspoker.com :
    - Bonus Freechips 5.000 - 10.000 setiap hari (1 hari dibagikan 1 kali) hanya dengan minimal deposit 50.000 dan minimal deposit 100.000 ke atas
    - Bonus Cashback 0.5% Setiap Senin
    - Bonus Referal 20% Seumur Hidup
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli