Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita Warga Vietnam Maut Jatuh Tingkat Tiga Stesen Monorel

No Comment

Wanita warga Vietnam maut setelah jatuh dari tingkat tiga Stesen Monorel di Jalan Imbi, di sini semalam.

Menurut Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman, polis dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 1.22 petang.

"Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati mangsa adalah wanita warganegara Vietnam berusia 20-an terjun dari tingkat 3 stesen monorel berkenaan.

"Semakan berdasarkan pasport mangsa mendapati dia masuk ke Malaysia pada 10 September lalu.

"Siasatan lanjut berhubung kejadian itu sedang dijalankan bagi mengenalpasti punca kematian.

Tambahnya, tiada unsur jenayah dikaitkan dengan insiden itu dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.

Mohd Sukri berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli