Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita Ini Kongsi Tips Berpantang, Turun Berat 83kg - 43kg, Ini Amalan Yang Boleh Diikuti Oleh Ibu-Ibu Lepas Bersalin



Jika disebut tentang berat badan memang ramai diantara para wanita diluar sana yang sensitif. Perkataan ‘berat badan’ ini seolah-olah menghentak kepala rata-rata bagi golongan wanita.

Ramai diantara wanita diluar sana akan mengalami kenaikan berat badan yang mendadak setelah melahirkan anak. Hal ini berlaku kerana cara berpantang yang diamalkan salah walhal telah banyak tips-tips berpantang dalam era teknologi yang semakin maju ini.

Selain itu, para wanita kini kurang mengamalkan cara berpantang tradisional sedangkan amalan berpantang tradisional amat baik untuk diamalkan. Mungkin kerana terlalu mengikut trend semasa ataupun trend daripada barat.

Oleh yang demikian, mungkin para wanita boleh mengamalkan tips-tips yang dikongsikan oleh Puan Sahira Lim melalui akaun facebooknya.

Haa meh mama syaurah pulak nak share cara mama syaurah berpantang dari berat 83kg-43kg dalam tempoh berpantang dan memang terbaik untuk wanita yang bersalin secara ceaser amalkan.

Kredit Photo - Sahira Lim

Untuk anda kembali ramping, perut kemas,pinggang ramping, dalaman cun melecun, anak bebas kuning, mama tidak sembelit . Luka baik cun punya dalam tempoh 44hari berpantang!!

1- Sepanjang tempoh anda berpantang. Sila lakukan perkara penting yang akan beri kesan jangka panjang dan untuk seumur hidup anda!

- Ikat rambut dan sanggul tinggi-tinggi ketat biar naik atas kepala.

- Berpilis dan berparam pada dahi dan badan untuk buang segala kekotoran dalaman dan mengelakkan anda pening , migrain dan paling teruk meroyan.

- Sila jauhkan diri anda dari kipas dan aircond selama 44hari ( minimumkan )

- Memakai baju panas dan stoking tebal sampai ke betis itu wajib!!!!!

- Sila minum air kopi sekali sehari.

- Air kosong 1 gelas sehari ( yang ni mmg amalan ira yang lain tak perlu kecam nak ikut boleh, kalau tak nak tak perlu ikut keperluan badan masing-masing ).

- Balance minum air akar tradisional ini untuk memastikan segala darah kotor, apa-apa yang tertinggal terutama darah bantal keluar dengan mudah dan memastikan dalaman kembali grip dan sihat semula.

- Dengan pengamalan air akar traditional ni seminggu je boleh keluar habis kekotoran dalam tu. Ira amalkan (teh herba) yang memang hilangkan dahaga, sejukkan badan, susu badan memang banyak dan tiada masalah sembelit..yang penting perut cepat je kempis dan Ira dulu 4 darah bantal besar penumbuk keluar dari bawah.

- Sila makan makanan rebus dan bakar sahaja!!!minyak-minyak ni tak elok untuk rahim , miss v dan badan kita yang sedang kembang disebabkan urat-urat yang putus selepas bersalin.

- Lebihkan air oren sunquick / buah sunkist dan elakkan makan semua buahan lain. Sunquick sahaja ya untuk mempercepatkan proses penyembuhan.(ini Dr. Yang pesan ya tapi mmg berkesan).

- (bagi yang sembelit) sila dapatkan ubat cair najis di hospital swasta yang kesan dia lebih baik dari hospital kerajaan sediakan ini kita bagi pendapat berdasarkan pengalaman ya tapi dapatkan nasihat dari yang pakar dulu.

- Jauhkan diri anda dari suami dan elakkan perasaan "horny" kerana itu akan menyebabkan sistem badan jadi tidak terkawal dan potensi untuk meroyan dan bentan itu tinggi.

- Amalkan ikan haruan hidup , pegaga , untuk memperkemaskan lagi kedudukan rahim anda dan luka yang dipotong sewaktu anda di dalam "ot".

- Elakkan makan makanan sejuk dan lauk pauk yang berat. Untuk mengelakkan badan naik secara mendadak dan akan susah kurus.

- Makan nasi 2 kali sahaja jangan tambah!!! Lauk banyak tak pe janji nasi sikit.

- Balance makan biskut cracker kosong ! Jangan ada tambahan gula okay! Nak gula minum dalam air sunquick korang tu je ( ini pantang ira, pantang korang . Buat cara korang ye )

-Jauhkan diri anda dari terkena angin luar ( berjalan di dalam rumah sahaja ) hal ini untuk memastikan badan anda tidak dimasuki oleh angin (bahasa kampungnya) disebabkan bulu roma yang sedang terbuka luas selepas bersalin.

- Elakkan melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan tenaga perut supaya perut anda tidak akan menggeleber dan tidak tegang sampai bila-bila.

- Urusan anak serahkan pada family. Banyakkan rehat dan bertungku pada bahagian badan yang lain kecuali di bahagian jahitan sahaja.



2- Perbuatan yang mengundang anda bentan / badan masuk angin / badan kembang / badan sentiasa sakit.

- Jangan menyapu / vacuum

- Jangan basuh pinggan

- Jangan sidai baju

- Jangan angkat bath tub anak

- Jangan kemas rumah

- Jangan langgar pantang makan minum

- Jauhkan diri anda dari suami selama tempoh 44 hari yang wajib ni

- Jangan dukung anak kecil atau kucing

- Jangan tidur dalam keadaan leher dan rambut terdedah dengan angin atau aircond dengan sengaja.

- Berbengkung selepas setahun bersalin.

- Amalkan jamu selepas kuning anak turun sahaja.

- Amalkan herba kayu untuk mendapatkan perut yang tegang kemas dan badan yang lebih menarik selepas bersalin.


* Berpuasa pun boleh 30 hari tak dehydration. 44 hari tempoh berpantang . Bukan tak minum air langsung. Nak ikut,ikut kalau rasa tak boleh ambik mana yang elok.

 Ini tips berpantang keturunan ira,keturunan ira umur 60 muka nampak muda remaja,semua sihat bebas penyakit, kulit tegang, badan ramping dan sihat walaupun dah tua.

*alhamdulillah anak dah berusia 2tahun 1bulan ira masih mampu fully bf tanpa miss sehari pun . ☺️

Nah ini tips berpantang ira! Boleh amalkan . Nak share pun boleh!

Bagi yang dah terlepas pantang ni anak baru nanti mulakan semula in sha allah badan luaran dan dalaman boleh kembali muda remaja semula!

Goodluck!

Sumber : Sahira Lim

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Swin888.blogspot.com
    Wechat / whatsapp
    Bit.ly/60133026666
    011-2611-9352
    014-322-7846

    SWIN888 SENANG DAPAT ANGPAO & JACKPOT.
    #SCR888 ->>> Pay dirt
    #LPE88 --->>> A night Out
    #JOKER123 --->>> Robin Hood
    #GW99 ---->>> Tarzan
    #SKY777 -->>> Aqua cash
    #sky99 --->>> Thai paradise

    - WELCOME BONUS 30%
    - DAILY BONUS 10%
    - REFER BONUS 20%
    - 100% TRUSTED #BESMART
    - 24 JAM MASA CUCI/
    TOPUP
    - MININAL TOPUP Myr10.
    - HARI HARI JACKPOT
    - LEBIH DARI 1000+ MACAM SLOTGAMES & UPDATE SETIAP HARI.

    Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCF7oiXFOTBVGvI3h7J2qqqw

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli