Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Wanita Ini Nekad Bunuh Diri Selepas Tidak Tahan Menanggung Azab Hendak Bersalin


Melahirkan anak mungkin adalah salah satu moment yang paling ditunggu-tunggu oleh si ibu. Namun tidak dapat dinafikan, pengalaman tersebut bukanlah pengalaman yang indah semata-mata. Si ibu terpaksa melalui saat-saat yang menyakitkan di bilik pasti merasakan nyawa mereka bagai di hujung tanduk akibat sakit yang tidak dapat digambarkan. Tak percaya? Tanyalah ibu atau isteri anda.

Inilah yang dialami oleh seorang wanita di China. Wanita ini mengambil keputusan untuk membunuh diri akibat tidak tertahan menanggung penderitaan sakit bersalin. Permohonannya untuk bersalin melalui pembedahan telah ditolah bekali-kali oleh doktor, akhirnya selepas beberapa jam wanita tersebut nekad untuk terjun dari tingkat 5 sebuah hospital di utara China.

Kematian Ma Rongrong telah menjadi tular di China. Keluarga Ma dan doktor saling menyalahkan antara satu sama lain. Bagi keluarga Ma, andai permintaan untuk dibedah diterima oleh doktor, mungkin penderitaan menahan sakit bersalin itu dapat dikurangkan.

Kes tersebut telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan penduduk di negara Tembok Besar itu apabila pelbagai isu telah dibangkitkan antaranya membabitkan kos penjagaan kesihatan yang tinggi, hak pesakit hinggalah soal bahaya nilai tradisi kekeluargaan China.

Isu ini menjadi panas kembali apabila tular sebuah video rakaman kamera litar tertutup menunjukkan Ma sedang melutut di depan doktor, merayu untuk dibedah.




Namun pihak hospital mendakwa mereka sudah pun mencadangkan kepada Ma untuk menjalani pembedahan, namun telah ditolak oleh Ma dan suaminya. Menurut hospital, Ma memilih secara normal disebabkan kepercayaan ia akan melahirkan anak yang lebih baik.

Pihak hospital turut mendedahkan log pembedahan Ma di akaun media sosial rasmi sebagai bukti menunjukkan keluarga mangsa menolak pembedahan mangsa.

Hospital mendakwa pihaknya mencadangkan Ma menjalani pembedahan itu, tetapi Ma dan suaminya memilih untuk bersalin secara normal berdasarkan kepercayaan ia akan melahirkan anak yang lebih baik.

Sebagai bukti, hospital memuat naik log pembedahan Ma di akaun media sosial rasmi menunjukkan keluarganya menolak permohonan pembedahan mangsa.

Yan Zhuangzhuang, suami Ma pula mendakwa bahawa dia sudah bersetuju dengan pembedahan isterinya, namun pihak hospital mengatakan tiada keperluan untuk menjalankan prosedur tersebut.

Menurut undang-undang China, keputusan sepatutnya dibuat oleh pesakit itu sendiri, kata pakar dalam pertikaian perubatan di Zhongdun Law Firm, Beijing, Feng Lihua.

Sumber : BH Online

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. mari coba keberuntungannya bersama kami di updatebetting
    ditunggu apalagi,ayo buruan daftar

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli