Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Azizulhasni Awang Kongsi Video Dia Diserang Burung Magpie Ketika Sedang Lakukan Latihan Di Australia


Raja pecut basikal trek negar, Azizulhasni Awang atau lebih dikenali sebagai The Pocket Rocket Man melalui laman Instagramnya semalam telah berkongiskan sebuah video yang agak mencemaskan semasa sedang berkayuh menjalani latihan di Melbourne, Australia.

Video yang dimuatnaik beliau itu memaparkan kejadian dia telah diserang oleh burung Magpie semasa melalui sebatang jalan berhampiran dengan sarang burung itu.

Menurut beliau, ketika ini(bulan Ogos -Oktober) adalah musim burung Magpie bertelur dan burung itu akan bertindak agresif menyerang sesiapa sahaja yang melalui jalan yang berhampiran dengan pokok tempat dia bersarang.

"Biasanya penunggang basikal atau orang sedang berjoging yang melalui kawasannya itu akan diserang oleh Magpie tersebut, burung ini hitam seperti gagak tetapi lebih besar dan mempunyai tompokan putih" kata beliau sebelum mula berkayuh.


Burung Magpie



- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli