Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Didakwa Lakukan Keputusan Kontroversi, Pengadil Terpaksa Diiring Pengawal Keselamatan Untuk Keluar Dari Padang


Semalam berlangsungnya perlawanan  Kelayakan Piala Asia 2019 Kumpulan B Malaysia menentang Hong Kong di Stadium Hang Jebat, Krubong, Melaka.

Perlawanan itu nampaknya menimbulkan kontroversi dan membuatkan ramai peminat bola sepak tanah air tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan.

Pengadil dari Australia, Christopher Beath telah melayangkan kad merah kepada dua permain pertahanan Malaysia iaitu Adil Zafwan dan Rizal Ghazali pada minit-minit akhir menyebabkan kedua-duanya tidak dapat beraksi untuk perlawanan selepas ini.


Selain itu peminat juga mendakwa pengadil berkenaan cuba melambatkan perlawanan dengan tidak meniup wisel walaupun waktu sudah tamat dan memberi sepakan penalti kepada Hong Kong walaupun masa tambahan sudah tamat.

Dalam perlawanan itu Hong Kong mendahului pada minit ke 53 hasil jaringan Leonardo Sandro sebelum Malaysia mengikat kedudukan 3 minit kemudian melalui jaringan Syazwan Zainon, namun penalti yang diberikan pada saat akhir itu gagal disempurnakan Leonardo Sandro selepas dinafikan oleh penjaga gol Malaysia, Hafizul Hakim.



Malaysia diundi dalam kumpulan B bersama-sama Lubnan, Korea Utara dan Hong Kong.

Pada perlawanan berikutnya skuad Harimau Malaya dijadual menentang Korea Utara di Stadium Kim II Sung, Pyongyang pada 5 Oktober nanti.

Kejadian selepas tamat perlawanan.

Kredit Video: Goal Malaysia



Kredit Gambar: Berita Harian

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Swin888.blogspot.com
    Wechat / whatsapp
    Bit.ly/60133026666
    011-2611-9352
    014-322-7846

    SWIN888 SENANG DAPAT ANGPAO & JACKPOT.
    #SCR888 ->>> Fairy Garden
    #LPE88 --->>> Azteca
    #JOKER123 --->>> Huga
    #GW99 ---->>> Aladdin
    #SKY777 -->>> Double Ultimate
    #sky99 --->>> God of wealth

    - WELCOME BONUS 30%
    - DAILY BONUS 10%
    - REFER BONUS 20%
    - 100% TRUSTED #BESMART
    - 24 JAM MASA CUCI/
    TOPUP
    - MININAL TOPUP Myr10.
    - HARI HARI JACKPOT
    - LEBIH DARI 1000+ MACAM SLOTGAMES & UPDATE SETIAP HARI.

    Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCF7oiXFOTBVGvI3h7J2qqqw

    BalasPadam
  2. yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli