Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(VIDEO) "Kami Tengah Cari Budak Ini," Remaja 16 Tahun Pakai Spender Biru Dipercayai Pukul Ibu Sendiri Tersebar


Seorang lelaki melalui laman Facebooknya sebentar tadi telah memuatnaik sebuah video di mana meminta orang ramai supaya menyebarkan video berkenaan dan mencari seorang budak lelaki seperti di dalam video.

Menurut kepsyen yang dimuatnaik bersama video oleh pengguna Facebook bernama Jejaka Sereng itu, remaja lelaki yang baru berumur 16 tahun itu dicari kerana telah memukul seorang wanita dipercayai ibunya sendiri kira-kira jam 9 pagi tadi.

Berdasarkan percakapan dalam video, remaja barbaju sekolah dengan seluarnya terlondeh itu bertindak memukul ibunya kerana dipercayai kerana tidak memberinya duit.

"Sakitlah Abang Long, Ya Allah, sakitlah," kata beliau sambil menahan kesakitan sambil dipukul remaja berkenaan.


Dia kemudian dilihat cuba memukul ibunya dengan sebuah kerusi dan mengugut mahu menumbuk muka ibunya itu hingga lebam sambil seorang warga emas yang dipercayai neneknya cuba memarahi remaja berkenaan tetapi tidak diendahkan.

"Ha, tumbuk muka nenek, tumbuk muka nenek, teruk aii, kalau makan RM50 tak cukup," kata wanita warga emas berkenaan.

Video itu yang baru dimuatnaik dua jam lepas telah menerima 7 ribu sukaan, 23 ribu perkongsian dan ditonton sebanyak 600 kali. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli