Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Saya Bagai Tak Percaya, Taufan Irma Sebabkan Laut Di Bahamas 'Hilang', Cuma Tinggal Pasir Dan Lumpur


Baru-baru ini, Amerika Syarikat telah dilanda taufan yang amat dahsyat. Taufan Irma yang turut membawa angin dengan kelajuan lebih 321 kilometer sejam pada Jumaat lalu telah menyebabkan satu fenomena unik yang luar biasa di Bahamas.

Saat-saat fenomena luar biasa ini telah dikongsi oleh seorang pengguna twitter, @Kaydi_K dari Long Island, Bahamas melalui tweetnya “Saya tidak percaya sekarang. Ini adalah Long Island, Bahamas dan laut telah hilang!!!”.

Sebuah rakaman video juga dimuat naik oleh wanita ini memperlihatkan dia sedang berjalan di atas laut yang “hilang”, yang tinggal cuma pasir dan lumpur.
Bagaimanapun, fenomena itu hanya berlaku dalam tempoh kurang dari 24 jam apabila dilaporkan di bahagian lain pantai di Bahamas, air kembali seperti biasa.

Perkhidmatan Cuaca Terp telah memberi penjelasan terhadap fenomena tersebut berlaku disebabkan air laut itu “ditarik” dari teluk.

"Angin kencang yang dibawa taufan Kategori 5 itu telah 'menyedut' air dari teluk cetek hingga menghasilkan kesan seperti sebelum tsunami," ujar agensi itu lagi.

Sumber : Sinar Online

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G agen nya game bola online teraman..
    Add yuk 5EE80AFE :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli