Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Apabila Kelab Israel Ini Beli 2 Orang Permain Beragama Islam, Kisah Rasis Paling Teruk Dalam Dunia Sepak Bermula


Bukan semua bintang bola sepak menjalani kehidupan yang indah seperti Cristiano Ronaldo mahupun pemain termahal bola sepak dunia ketika ini, Neymar. Ada segelintir dari mereka dibenci dan dicemuh oleh peminat, bahkan sering menjadi mangsa perkauman oleh penyokong lawan.

Sebut saja mengenai perkauman, yang terbayang di minda adalah Mario Balotelli. ‘Budak Nakal’ dalam dunia bola sepak ini seringkali menjadi mangsa ejekkan oleh penyokong lawan tiap kali dia turun beraksi di atas padang hingga mempengaruhi aksinya.


Namun, apa yang terjadi kepada dua pemain ini adalah sesuatu yang amat tidak dijangka sama sekali. Mereka menjadi mangsa perkauman kepada penyokong sendiri. Ya, penyokong sendiri. Mereka adalah Gabriel Kadiev dan Zaur Sadayez.

Kisah penuh tragis dan barangkali reaksi rasis paling teruk dalam dunia bola sepak ini berlaku pada tahun 2013 apabila sebuah pasukan bola sepak berpangkalan di Jurusalem. Beitar Jurusalem ini mengambil risiko menandatangani pemain Rusia berketurunan Chehnya, dan mereka beragama Islam!


Tindakan pemilik kelab mengikat kontrak dengan kedua-dua pemain tersebut dilihat oleh penyokong mereka sebagai melanggar tradisi kelab-kelab yang beraksi dalam Liga Israel tersebut. Bahkan ada sebilangan yang terlalu fanatik bahawa isu tersebut lebih dari sekadar bola sepak. Anda bayangkan, pemain Muslim beraksi bersama sebuah kelab yang negara dan bangsanya sudah bermusuh dengan Islam sejak beribu tahun lagi.

Mereka menganggap kehadiran orang Islam dalam kelab tersebut telah mencemari kesucian kelab tersebut. Kedua-dua pemain ini sering diganggu setiap kali turun menjalani latihan. Malah di luar padang, pergerakannya perlu diiringi oleh anggota polis kerana seringkali diancam oleh penyokong.

Beitar Jurusalem sendiri terpaksa menerima akibatnya apabila pejabat mereka telah dibakar oleh peminat. Dalam perlawanan pertama Sadayev dan Kadiev, Sadayev yang bermain sebagai penyerang telah menjaringkan gol.

Reaksi normal yang diharapkan oleh seorang pemain tentulah sorakan dan pujian oleh peminat, namun yang terjadi adalah penyokong telah meninggalkan stadium sebagai tanda protes kepada pemilik kelab tersebut. Malah, Ultras kelab tersebut telah menaikkan satu kain rentang yang terpampang dengan ayat “Beitar suci selamanya”.

Tekanan yang dialami akhirnya meragut semangat Sadayev dan Kadiyev. Mereka kemudian mengangkat kaki dari kelab tersebut dan berhijrah ke kelab di Liga Eropah lain selepas cuma beraksi dalam 7 perlawanan untuk Beitar Jurusalem.

Sumber : The Sukan
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. mari coba keberuntungannya bersama kami di updatebetting
    ditunggu apalagi,ayo buruan daftar

    BalasPadam
  2. Swin888.blogspot.com
    swin888strong.blogspot.com
    Wechat / whatsapp
    bit.ly/60133026666
    bit.ly/601126119352
    bit.ly/60143227846

    SWIN888 SENANG DAPAT ANGPAO & JACKPOT.
    COME TRY LUCK. MANY UNIQUE GAMES PAYOUT.
    #SCR888 ->>> INDIAN MYTH
    #LPE88 --->>> AZTECA
    #JOKER123 --->>> HUGA
    #GW99 ---->>> GOLDEN ROOSTER
    #SKY777 --->> KING PHARAOH
    #sky99 --->>> ICELAND

    - WELCOME BONUS 30%
    - DAILY BONUS 10%
    - REFER BONUS 20%
    - 100% TRUSTED #BESMART
    - 24 JAM MASA CUCI/
    TOPUP
    - MININAL TOPUP Myr10.
    - HARI HARI JACKPOT
    - LEBIH DARI 1000+ MACAM SLOTGAMES & UPDATE SETIAP HARI.

    Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCF7oiXFOTBVGvI3h7J2qqqw

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli