Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ustaz Sekolah Tahfiz Meninggal Rupanya Baru Seminggu Berkahwin

2 ulasan

TIADA kata-kata yang boleh digambarkan  buat Noor Fatihah Osman, 23, apabila kehilangan suami yang baru seminggu dinikahinya, selepas ditemui maut dalam kebakaran di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpu, hari ini.

Suaminya, Mohd Amirul Nizam Sukarno, 25, merupakan seorang guru yang juga warden di pusat tahfiz berkenaan.

Ibu saudara Noor Fatihah, Asmah Yaakob, 50, berkata setiap hari Allahyarham akan menghubungi isterinya yang sedang mengikuti pengajian hadis di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan.

"Namun hari ini beliau tidak membuat sebarang panggilan kepada Noor Fatihah. Isterinya yang tidak sedap hati cuba beberapa kali menghubungi suaminya, namun panggilan itu tidak dijawab," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Insiden yang berlaku di bangunan tiga tingkat itu telah meragut nyawa 22 pelajar dan dua guru di pusat tahfiz terbabit.


Difahamkan, Noor Fatihah menerima panggilan berhubung kejadian menimpa suaminya itu kira-kira 6 pagi, sebelum bergegas ke tempat kejadian.

Asmah berkata, pemergian Allahyarham amat memberi kesan kepada keluarganya.

Kami sekeluarga amat rapat dengan arwah. Pemergiannya amat kami rasai. Kali terakhir saya bertemu Amirul ketika majlis perkahwinannya di Kelantan minggu lalu,” katanya.

Menurut Asmah, Mohd Amirul Nizam seorang yang  peramah dan sentiasa mengambil berat orang lain, beliau akan membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan.

Wartawan bagaimanapun, gagal mendapatkan respons daripada Noor Fatihah berhubung tragedi itu.

Sumber: Harian Metro

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. segera bergabung dengan kami di u+p+d+a+t+e+b+e+t+t+i+n+g
    dan menangkan hadiah menariknya

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli