Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tumbuk Dinding Kerana Berang Selepas Didenda RM70,000


Berang didenda RM70,000 atas tuduhan menjalankan perusahaan pergigian tanpa lesen di Bukit Katil, Januari lalu, seorang wanita bertindak menumbuk dinding.

Hakim Norma Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap wanita berumur 20 tahun dari Alor Setar, Kedah itu selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa menyediakan klinik pergigian swasta tanpa didaftarkan mengikut Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) di Bakti Homestay, Jalan Bukit Katil, jam 10.15 malam, pada 25 Januari lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut subseksyen 4(1) Akta 586 dan boleh dihukum mengikut subperenggan 5(1)(a)(i) akta sama yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM300,000 atau penjara maksimum enam tahun atau kedua-duanya.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Kesihatan, Nurul Khairiyah Samsudin memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal ke atas tertuduh dengan mengambil kira keselamatan dan kesihatan pesakit kerana proses menjalankan pendakap gigi hanya boleh dilakukan doktor bertauliah, selain kes itu bukan yang pertama di Melaka dan Malaysia.

Beliau diwakili peguam bela Janariah Mustafa merayu hukuman diringankan dengan alasan ia kesalahan pertama tertuduh, menjimatkan masa mahkamah, selain insaf dan tidak akan mengulangi kesalahan berkenaan.

Norma menjatuhkan hukuman denda RM70,000 terhadap tertuduh, jika gagal bayar dipenjara enam bulan, selepas mendengar rayuan kedua-dua pihak.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. segera bergabung dengan kami di u+p+d+a+t+e+b+e+t+t+i+n+g
    dan menangkan hadiah menariknya

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli