Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tip Bagaimana Nak Pastikan Rumah Sentiasa Kemas Dan Bersih Walaupun Ada Anak Kecil

3 ulasan

Kekemasan dan kebersihan rumah adalah perkara penting yang perlu dittikberatkan meskipun kita mempunyai anak kecil dirumah. Hal ini kerana rumah yang bersih dan kemas menjamin keselesaan sekeluarga dan boleh menghindarkan dari bahaya serta penyakit.

Selain itu, rumah kemas boleh 'menyejukkan' mata kita dan kurangkan stress berbanding tinggal di dalam rumah yang agak berselerak serta tidak teratur.

Segelintir dari kita pasti menyangka agak sukar untuk mengemas rumah bagi ibu-ibu yang ada anak kecil. Bagaimanapun, menerusi perkongsian dari Ainniena Azney ini pasti dapat membantu para ibu untuk memastikan rumah sentiasa kemas dan bersih.

Mari kita ikuti perkongsian yang memberi manfaat ini.

TIPS RUMAH KEKAL KEMAS WALAUPUN ADA BABY



Kita selalu hairan kenapa ada rumah rakan dengan anak kecil nampak kemas dan bersih sedangkan kediaman kita pula hanya kelihatan teratur seketika saja sebelum bersepah semula.

Sebenarnya pemilik rumah yang sentiasa kemas ini bukanlah melakukan kerja membersih dan mengemas seluruh rumah setiap hari.

Sebaliknya mereka hanya melakukan beberapa kerja di bahagian tertentu untuk memastikan rumah kelihatan rapi dan bersih sentiasa.

Lakukan 5 perkara ini setiap hari dan anda akan dapat hasil yang sama.



1. Kemas katil
Kemas katil dan bilik anda sebaik bangun tidur. Celik je mata terus lipat selimut tu jangan tinggal macam tu je. Selimut lah benda paling penting untuk katil
Kelihatan kemas.


2. Selepas basuh baju terus lipat
Pakaian yang tidak diurus dengan baik selalu jadi punca rumah nampak bersepah. Jadi jangan biarkan baju kotor bertimbun dan jangan juga biar baju yang sudah kering dalam bakul tinggi menggunung. Setiap kali selesai membasuh terus lipat pakaian yang kering dan masukan dalam almari. Part ni memang nina tak suka tapi terpaksa kene buat jugak okey ! 😂


3. Jangan biar singki penuh
Sama juga dengan pinggan mangkuk, jangan biar ia memenuhi singki. Basuh pinggan setiap kali selepas makan. Ini pantang larang mak nina. Dia suka "ngepek" kalo tengok pinggan mangkuk bersepah dalam sinki. Sekarang nina pon jadi sakit mata sakit je hati ni kalo tengok sinki bersepah.


4. Pastikan kaunter dapur sentiasa bersih
Selepas basuh, terus susun pinggan mangkuk, kuali dan periuk di tempatnya. Simpan juga baki lauk pauk dalam bekas berpenutup bukan di atas pinggan. Buang sampah setiap kali bakul penuh. Jangan smpai berulat sudah hehehe.


5. Kemas ruang tamu tengah hari dan malam
Ruang tamu memang jadi tempat permainan anak, bantal kecil akan bertaburan begitu juga mainan mereka. Anda memang perlu mengemaskannya paling kurang dua kali sehari. Sekali, menjelang tengah hari dan kali kedua sebelum tidur supaya sebaik celik mata pagi hari anda melihat ruang tamu yang bersih dan kemas. Fuhh ni bahagian Nayla punya. Dia punya kawasan ni paling kerap kena kemas.


Tip ekstra
* Sambil mandi bersihkanlah bilik air. Sental lantai atau pun bersihkan singki dan mangkuk tandas. Nina suka sangat cuci tandas sebab Nina tak boleh dengan tandas kotor. Geliii euuii ..
* Sekali sehari sapu lantai ruang tamu dan dapur.
* Seminggu sekali mop lantai.

Mudah saja bukan untuk dapatkan rumah yang kemas. Anda hanya perlu jadikan 5 perkara ini sebagai rutin harian.

Sumber - Ainniena Azney
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  3. 🔔🔔PENGHUJUNG BULAN MESIN HOT MUNTAH 🌹🔔
    SWIN1688 SENANG DAPAT ANGPAU & JACKPOT.
    JOM TRY LUCK MANY UNIQUE GAMES PAYOUT.
    🐄🐄NIUNIU BET~ FIGHT BULL🐄🐄

    Swin1688.blogspot.com
    Wechat / whatsapp
    BIT.LY/60143227846

    #SCR888 --> Kimochi
    #SKY777 --> Pocketmon
    #SKY99 --> Three kingdom
    #JOKER123 --> Safari life
    #LPE88 --> Fruitmania
    #GW99 --> Great Blue

    - WELCOME BONUS 30%
    - REFER BONUS 20%
    - DAILY BONUS 10%
    - IOS/ANDROID SEMUA DAPAT MAIN.
    - WE ARE 24 OPERATOR SERVICE/
    - 100% TRUSTED SINCE 2015. BESMART PLAYERS.
    - LEBIH DARI +1000 KIND OF SLOTGAMES & UPDATE SETIAP SAAT.
    - HARI HARI JACKPOT.

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli