Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Suspek Dibawa Ke Lokasi Kebakaran Semula, Tiada Riak Sedih Langsung Di Wajah Mereka

No Comment

Tujuh suspek remaja didakwa menjadi punca kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang mengorbankan nyawa 21 pelajar dan dua orang guru dibawa ke lokasi kejadian oleh polis dan diarahkan  melakonkan semula perbuatan mereka di Jalan Keramat Hujung, semalam.

BACA: Polis Bawa Suspek Ke Tapak Tahfiz Terbakar, Arah Buat Lakonan Semula

Menurut sumber yang melihat jelas situasi berkenaan, suspek yang dibawa dikatakan tidak menunjukkan riak wajah sedih ketika disoal siasat dan di arah melakonkan semula tindakan mereka oleh polis. Tujuh suspek terbabit juga dikatakan seperti tiada perasaan.


Jelas sumber berkenaan, kesemua suspek memakai penutup mulut dan diiringi polis memasuki beberapa bahagian bangunan pusat tahfiz serta persekitaran luar bangunan.

  "Kira-kira satu jam setengah, mereka selesai dibawa ke kawasan-kawasan tertentu untuk melakonkan semula pergerakan mereka ketika mahu membakar pusat tahfiz itu. Kemudian, mereka dikumpulkan dan duduk di satu tempat sebelum disoal polis.

  "Ketika itu saya dapat lihat wajah mereka, nampak seperti tiada apa yang berlaku dan tidak menunjukkan reaksi insaf walaupun sudah melakukan satu jenayah terancang yang menggemparkan negara," katanya menurut laporan Harian Metro.


Sebelumnya, tujuh suspek yang dibawa semula ke lokasi kejadian dipercayai diarah melakokan semula bagaimana mereka membakar pusat tahfiz itu dari 2.40 petang hingga 4.45 petang semalam.

Kesemua suspek dibawa masuk melalui pintu belakang sebelum seorang daripada mereka dibawa ke kawasan taman tasik yang terletak di belakang pusat tahfiz.


Kawalan polis di tempat kejadian semalam adalah yang paling ketat sehingga kaunter sumbangan di hadapan pusat tahfiz berkenaan terpaksa ditutup buat sementara.

Sumber- Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli