Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Selepas Belajar Di Pusat Tahfiz Itu Setahun Lalu, Arwah Mula Tidak Tinggal Solat Dan Begitu Tertib - Sepupu


Pendang: “Sebelum ini arwah sedikit nakal, tetapi sejak belajar di pusat tahfiz itu setahun lalu, nampak perubahan pada dirinya apabila dia tidak lagi nakal, tidak meninggalkan solat dan kelihatan sangat baik dan tertib.”

Begitu kata Nurfazliyzawantie Mahamad Forzie, 14, mengenai sepupunya, Mohd Aidi Ahmad Zamzuri, 10, seorang daripada 23 mangsa yang terkorban dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur, semalam.

Perubahan pada diri arwah begitu ketara dan saya kehilangan seorang sepupu yang baik walaupun kami hanya jumpa sekejap pada Aidilfitri lalu,” katanya ketika ditemui di rumah datuk saudaranya di Kampung Banggol, Mukim Rambai, Kubur Panjang, di sini, semalam.

"Saya amat terkejut dan sebak apabila mengetahui cucu saudara meninggal dunia dalam kejadian berkenaan" kata Imam Masjid Kampung Banggol, Baha’udin Ahmad, 70.

Pada awalnya saya ada menonton berita pada jam 7 pagi semalam mengenai kebakaran di pusat tahfiz itu  namun tidak menyangka ia membabitkan cucu saudara saya, katanya.

“Sejam lepas itu, seorang anak saudara memaklumkan kejadian menimpa arwah.

Saya baru balik membeli sarapan di kedai berhampiran rumah ketika itu dan sedih dengan apa yang telah berlaku,” katanya lagi.

Menurutnya, walaupun mangsa sekeluarga menetap di Kuala Lumpur tetapi mereka akan pulang ke kampung itu setiap tahun terutama pada hari raya.

Bapa arwah, Zamzuri Zakaria membeli rumah di sini sebagai tempat persinggahan ketika pulang ke kampung dan akan menetap di sini selepas bersara sebagai anggota tentera,” katanya.

Menurutnya, dia amat terkejut dengan kejadian menimpa Mohd Aidi dan kali terakhir mereka bertemu pada Aidilfitri lalu.

Baha’udin berkata, jenazah Mohd Aidi dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Islam di kampung itu sebaik selesai urusan di Hospital Kuala Lumpur.

Sumber: Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Bagi yang bergadang, mari mainkan game bola dari kami f*a*n*s*b*e*t*t*i*n*g
    Daftar dahulu ya.. info lebih lanjut >> 5ee80afe :)

    BalasPadam
  2. mari buruan yang jauh merapat, yang dekat silahkan daftar,mainkan dan menangkan hadiahnya, hanya di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli