Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Sekolah Tahfiz Kemudahan Tak lengkap, Selalu Terbakar, Baik Tutup Saja", Ustaz Tahfiz Bagi Jawapan Terhadap Segala Cemuhan


Kita baru sahaja dikejutkan dengan kejadian yang amat memilukan apabila sebuah seokolah tahfiz di Jalan Dato' Keramat, Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terbakar dan meragut nyawa seramai 22 orang pelajar dan 2 orang warden.

Dari pemimpin, selebriti hinggalah para netizen, semuanya menzahirkan kesedihan dia atas tragedi yang tidak disangka-sangka ini. Lebih menyayat hati, mangsa yang terkorban adalah anak-anak kecil yang berjauhan dari ibu bapa dan keluarga demi mengejar akhirat.

Namun ada juga segelintir dari kita yang menimbulkan beberapa persoalan tentang aspek keselamatan dan pengurusan pondok tahfiz. Seorang lelaki yang dikenali sebagai Lokman Hakim tampil menjawab persoalan dan cemuhan yang dilemparkan terhadap institusi tahfiz yang ada di negara ini. Kami bawakan perkongsiannya untuk anda.


Menjawab pelbagai cemuhan, kritikan dari netizen berkaitan sekolah pondok, tahfiz dan sekolah agama swasta apabila berlaku sesuatu musibah.

Persoalan 1

Kebanyakan sekolah pondok, tahfiz ni kemudahan dia tidak lengkap, tahap keselamatan kurang sebab tu banyak berlaku kebakaran dan sebagainya.

Jawapan 

Ia tidak dinafikan kebanyakan institusi-institusi ini kurang dari segi kemudahan dan keselamatan tetapi kami sebagai pengusaha institusi ini terus berusaha untuk menyediakan kemudahan yang terbaik buat para pelajar sehingga terpaksa menebalkan muka mengutip dana, sentiasa mengiklankan kutipan dana dan pelbagai cara kami lakukan bagi mencari dana. Ada juga pondok-pondok dan tahfiz yang mempunyai kemudahan yang begitu lengkap mengalahkan institusi kerajaan bahkan lebih baik lagi.

Persoalan kedua

Kalau sudah tak ada duit tak payah la buka. Lepas tu selalu iklan minta sumbangan.

Jawapan

Kami bukan buka kerana ingin mengejar kekayaan, kami bukan buka untuk kemewahan, tetapi kami buka adalah kerana rasa terpanggil untuk mendidik pelajar untuk menjadi seorang insan kerana zaman ini ramai dikalangan pelajar yang tidak kenal Allah, tidak pandai membaca Al-Quran, jauh dari agama.

Saya ambil contoh di PMTI kos pengurusan kami sebulan mencecah RM8000.00 ke RM9000.00. Pelajar hanya ada 20 org dan yuran sebulan RM300. Jika kami buka adalah untuk bisnes dan kaut keuntungan pasti kami akan rugi kerana terdapat defisit sebanyak RM3000.00 sebulan.


Tetapi kami korbankan masa, wang ringgit, rasa malu ini untuk memastikan operasi PMTI akan terus berjalan dengan lancar dengan pelbagai usaha antaranya mengiklankan sumbangan melalui Facebook, WhatsApp dan mencari penaja tetap bulanan.

Persoalan ketiga

Tutup sahaja sekolah-sekolah pondok, tahfiz. Banyak sangat kes kebakaran, buli sehingga menyebabkan kematian.

Jawapan

Janganlah kerana beberapa musibah yang menimpa sekolah-sekolah pondok dan tahfiz terus disuruh tutup. Untuk pengetahuan netizen, Sebagai contoh kami di PMTI, pelajar yang kami terima dan sedang dalam proses didikan ini kebanyakannya tidak pandai baca Al-Quran, tidak kenal huruf, bermasalah di sekolah lama iaitu sekolah kerajaan.

Alhamdulillah berkat doa ibubapa, usaha asatizah dan kesungguhan pelajar untuk berubah ramai yang sudah pandai baca Al-Quran, hadis malah penampilan diri pun turut berubah menjadi anak yang soleh. Adakah kami ini gagal dalam membentuk akhlak dan memberikan ilmu yang bermanfaat sehingga kami perlu menutup sekolah-sekolah ini.


Dan banyak lagi persoalan, cemuhan, kritikan yang diberikan kepada kami seolah-olah kami buka sekolah-sekolah ini memang dikhaskan untuk membunuh, mendera pelajar-pelajar. Kami pun tidak mahu musibah-musibah ini. Kamu bekerja 8 jam sehari dengan gaji yang lumayan, tetapi kami bekerja 24 jam bagi memastikan didikan yang sempurna buat pelajar.

Kami bukan minta sumbang duit untuk kami hidup bermewah, kami hanya mahu bantu kami dalam melahirkan para da'ei, para huffaz , para alim untuk memastikan Islam terus subur dimuka bumi Allah ini

Al Faqir
Lokman Hakim Bin Mohamad Juni
SU Pondok Moden Tahfiz Idrisiah

Sumber : Lokman Hakim
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Bagi yang bergadang, mari mainkan game bola dari kami f*a*n*s*b*e*t*t*i*n*g
    Daftar dahulu ya.. info lebih lanjut >> 5ee80afe :)

    BalasPadam
  2. mari buruan yang jauh merapat, yang dekat silahkan daftar,mainkan dan menangkan hadiahnya, hanya di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli