Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Yang Kutuk Tahfiz Itu, Mereka Bukan Faham Pun Apa Sebenarnya Institusi Tahfiz - Ustaz Kazim

Gambar : The Malaysian Insider

Pelbagai pihak tergerak untuk melemparkan pelbagai pendapat mengenai tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. Ada yang menyatakan kesedihan dan bersimpati dengan keluarga mangsa, namun ada juga yang tidak sensitif lalu menghamburkan komen-komen pedas terutamanya menyerang institusi tahfiz negara.

Datuk Mohd Kazim Elias, Pengetua Pusat Pendidikan Al Barakah berkata, pihaknya mengandaikan bahawa mereka yang memberikan komen negatif tersebut sebagai tidak memahami dan tidak terlibat mendidik pelajar tahfiz.

“Bersabarlah tunggu siasatan sebelum keluarkan kenyataan menyalahkan pusat tahfiz. Tanpa menjaga sentimen kesedihan, dikutuk tahfiz ini seolah-olah buruk sedangkan suspek bukanlah pelajar tahfiz, siapa yang teruk?

“Rasa sedih bila pihak yang tak pernah menjaga tahfiz kutuk institusi sehingga ada mencadangkannya ditutup tanpa mengetahui pengorbanan guru untuk melahirkan rakyat yang baik agama dan akhlaknya. Pada masa sama, kilang haram yang bahaya kepada kesihatan tak pula ditutup,” katanya lagi.

Beliau turut menyarankan agar kerajaan menambah sekolah asrama penuh khusus untuk pelajar tahfiz Al-Quran setelah melihat kecenderungan ibu bapa masa kini memilih aliran tahfiz untuk anak mereka.

“Kerajaan juga boleh uruskan pendaftaran maahad tahfiz. Kalau pendaftaran pekerja asing boleh diuruskan, agensi terlibat boleh buat semakan, penilaian dan bantuan diperlukan.

“Turunlah padang tinjau kelemahan, kurang dibaiki, jangan hanya datang kerana ada kes. Maahad tahfiz tidak akan boleh berjaya melahirkan persekitaran yang baik jika tidak dibantu secara teratur,” katanya.

Ujarnya lagi, dengan adanya sekolah tahfiz swasta, ianya banyak membantu agama, bangsa dan negara.

“Puluhan ribu pelajar tahfiz seluruh negara dididik, dijaga di asrama bukan dengan geran tetap setiap tahun. Dana dicari sendiri dan harapkan yuran memang tidak cukup, belum masuk yang yatim dan miskin semuanya percuma.

“Terima kasih kerajaan dan negeri yang bantu maahad tahfiz ini,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli